Kaji Selidik Kesihatan Mental Belia di Sarawak
Borang Keizinan Termaklum
Para peserta,

Anda telah dijemput untuk mengambil bahagian dalam kajian yang dinyatakan seperti di bawah. Sebelum membuat persetujuan untuk mengambil bahagian, adalah penting bagi anda untuk membaca penerangan berikut tentang kajian ini. Kenyataan-kenyataan ini menjelaskan tujuan, prosedur, manfaat, risiko, ketidakselesaan, dan langkah berjaga-jaga dalam menyertai kajian ini. Selain itu, hak anda untuk menarik diri daripada kajian pada bila-bila masa juga dinyatakan.

Tujuan kajian:
- Untuk menyiasat dan memahami dengan lebih lanjut tentang status kesihatan mental bagi populasi belia di Sarawak.
- Sebagai rujukan atau dokumentasi untuk penyelidikan yang mempunyai topik / unsur yang sama pada masa hadapan.
- Untuk menyediakan data dokumentasi kesihatan mental bagi kegunaan organisasi yang berkaitan seperti Jabatan Kesihatan, Jabatan Pelajaran, dan Jabatan Kebajikan.

Penjelasan tentang Prosedur:
Jika anda ingin mengambil bahagian dalam kajian ini, anda haruslah seorang yang berusia dalam lingkungan 18 – 25 tahun.
Kajian ini mengambil masa tidak lebih daripada 15 minit. Anda dikehendaki untuk menjawab tiga set kaji selidik:
a. Kaji Selidik Demografi
b. Skala Kemurungan, Kegelisahan dan Stres -21
c. Skala Keyakinan Diri Rosenberg

Risiko dan Ketidakselesaan:
Penyertaan dalam kajian ini kemungkinan besar tidak akan melibatkan ketidakselesaan fizikal atau mental, dan tiada risiko.

Sekiranya anda mengalami apa-apa ketidakselesaan dan/atau tekanan ketika atau selepas kajian ini, anda boleh menghubungi pusat kesihatan penjagaan mental berdekatan dengan kediaman anda.

Manfaat kajian:
Tiada ganjaran bagi penyertaan anda dalam kajian ini, tetapi kami amat menghargai kesudian anda kerana respon anda akan membawa kepada pemahaman yang lebih mendalam tentang kesihatan mental belia di Sarawak.

Kerahsiaan:
Kesemua maklumat yang kami kumpulkan dari kajian ini adalah sulit. Hanya data berkumpulan sahaja digunakan dalam kajian ini dan tiada keputusan peribadi akan disiarkan. Data hanya dibaca oleh para penyelidik dan disimpan rapi sepanjang tempoh kajian. Bagi mengukuhkan kerahsiaan, sila JANGAN dedahkan identiti anda dalam mana-mana bahan kajian ini.

Hak Penolakan untuk Menyertai dan Hak Menarik Diri Tanpa Prejudis:
Penyertaan anda adalah secara sukarela. Penolakan dari menyertai tidak akan melibatkan penalti. Anda bebas untuk menarik diri dari kajian ini bila-bila masa tanpa prejudis. Jika anda berniat sedemikian, anda boleh berhenti menjawab soalan-soalan.

Pertanyaan:
Jika anda ada sebarang pertanyaan atau maklum-balas tentang kajian ini, anda boleh menghubungi penyelidik-penyelidik yang disenaraikan berikut:

Cik Marly Agoh (016-8082015)
Cik Chan Wan Xin (016-8560373)
Saya telah membaca dan memahami maklumat yang disediakan kepada saya di atas. Saya dengan rela setuju untuk mengambil bahagian dalam kajian ini dan faham bahawa keizinan saya tidak akan merampas hak saya untuk menarik diri daripada kajian ini pada bila-bila masa.
Next
Never submit passwords through Google Forms.
This content is neither created nor endorsed by Google. Report Abuse - Terms of Service - Privacy Policy