E-PENDAFTARAN SELANGKAH KE MENARA GADING (SKMG)
Yayasan Pendidikan Malaysia (YPM), Putrajaya - Di sini disertakan maklumat lengkap berkenaan Bantuan Awalan kepada Pelajar Lepasan SPM 2019 untuk Penempatan Belajar Ke Institut Pengajian Tinggi (IPT)

Yayasan Pendidikan Malaysia yang dinaungi oleh YAB Tun Dr Mahathir bin Mohamad merupakan yayasan yang ditubuhkan di bawah Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, Jabatan Perdana Menteri di bawah Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 (Akta 258).

YPM memberi Bantuan dari Segi Penempatan Belajar beserta dengan Bantuan Awalan untuk menyambung pengajian kepada semua lepasan SPM/STPM/Matrikulasi dan Diploma.

Pelajar TINGKATAN 5 WAJIB mengisi pra-pendaftaran ini dengan YPM SEBELUM TAMAT sekolah bagi memudahkan proses kelayakan program bantuan ini dijalankan pada tahun 2020.

"MENDIDIK BANGSA MEMBINA NEGARA"

Yayasan Pendidikan Malaysia
No. 30B, Jalan Diplomatik, Presint 15
62050 Putrajaya, MALAYSIA
603-8893 1116
https://www.facebook.com/YayasanPendidikanMalaysia/
Next
Never submit passwords through Google Forms.
This content is neither created nor endorsed by Google. - Terms of Service