PERMOHONAN PROJEK JALAN KAMPUNG TENGAH BETONG
Projek Jalan Kampung merupakan satu bentuk projek yang disediakan oleh pihak Kerajaan Negeri Sarawak bagi memberikan keselesaan kepada penduduk. Sila pastikan anda telah membuat perbincangan bersama jiran anda bagi memastikan pelaksanaan projek berjalan lancar. Persetujuan kedua-dua pihak amat diperlukan. Permohonan anda akan dibawa ke Mesyuarat Pengurusan JKKK Kampung Tengah. Sekiranya diluluskan oleh ajk JKKK, permohonan ini akan dipanjangkan ke Pusat Khidmat DUN N.36 untuk proses selanjutnya.