Kaji Selidik Bagi Projek Menaiktaraf Lorong Belakang di Sekitar Kawasan George Town, Pulau Pinang
Tuan/ Puan yang dihormati,

Majlis Bandaraya Pulau Pinang sedang dalam rancangan untuk melaksanakan projek menaiktaraf lorong belakang di sekitar kawasan George Town, Pulau Pinang. Lorong belakang akan dinaiktaraf menjadi laluan pejalan kaki dan laluan basikal untuk mewujudkan rangkaian yang lebih baik, meningkatkan nilai keindahan bandar dan menyediakan tempat rehat serta rekreasi kepada orang awam.

Kaji selidik ini akan diguna sebagai panduan Majlis Bandaraya Pulau Pinang untuk menilai dan menganalisasi keperluan, pendapat serta cadangan daripada orang ramai. Hasil kaji selidik ini diharap dapat membantu Majlis Bandaraya Pulau Pinang dalam menyediakan kemudahan terbaik berasaskan data-data yang diperolehi untuk kepentingan semua pihak.

Ar. Yew Tung Seang
Setiausaha Bandaraya Pulau Pinang

Terima kasih diucapkan di atas kerjasama anda!
Next
Never submit passwords through Google Forms.
This content is neither created nor endorsed by Google. Report Abuse - Terms of Service - Additional Terms