TINJAUAN TAHAP KEPUASAN PENGGUNA TERHADAP PERKHIDMATAN GALERI APLIKASI MUDAH ALIH KERAJAAN MALAYSIA (GAMMA) 2021
Assalamualaikum dan salam sejahtera,

YBhg. Dato’/ Datuk/ YBrs. Dr./Ts./ Tuan/ Puan,

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri sedang melaksanakan tinjauan tahap kepuasaan Agensi Kerajaan terhadap perkhidmatan GAMMA.

Soal selidik ini mengandungi 20 soalan dan akan mengambil masa kurang daripada 10 minit untuk dilengkapkan dan sesuai dijawab oleh wakil agensi yang sedang/ telah/ merancang untuk melaksanakan pembangunan aplikasi mudah alih di agensi. Setiap maklum balas yang diberikan adalah penting untuk membantu pihak kami membuat perancangan dimasa hadapan dan memantau status pelaksanaan aplikasi mudah alih di agensi YBhg. Dato’/ Datuk/ YBrs. Dr./Ts./ Tuan/ Puan. Kajian ini akan ditutup pada 24 Disember 2021.

Sebarang pertanyaan dan kemusykilan berkaitan dengan tinjauan ini bolehlah hubungi pegawai seperti di bawah:

(i) Puan Adawiyah binti Md Ashar
E-mel : adawiyah@mampu.gov.my
No. Tel. : 03-88927494

(ii) Encik Mohd Nazmir bin Abdul Munir
E-mel : nazmir@mampu.gov.my
No. Tel. : 03-88725190


SEKIAN, TERIMA KASIH.
supports-gamma@mampu.gov.my
Sign in to Google to save your progress. Learn more
Next
Clear form
Never submit passwords through Google Forms.
This content is neither created nor endorsed by Google. Report Abuse - Terms of Service - Privacy Policy