Sukarelawan Sosial Islam (SSI)
KELAB SUKARELAWAN SOSIAL ISLAM merupakan satu inisiatif terbaru Yayasan Ihtimam Malaysia dengan sokongan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di dalam memupuk kesedaran, semangat dan minat individu dan rakyat Malaysia yang beragama Islam di dalam menjalankan aktiviti kesukarelawanan di dalam usaha membendung dan mengawal gejala sosial yang melanda komuniti Islam di Malaysia kebelakangan ini. Objektif kepada penubuhan kelab in iadalah disenaraikan seperti berikut:

1- Melahirkan iltizam dan semangat kesukarelawanan dikalangan orang Islam di Malaysia ;

2- Memberi latihan dan teknik kepada bakal sukarelawan

3- Membentuk satu pasukan sukarelawan yang berprinsip, beretika dan mempunyai hala tuju yang tidak menyalahi undang-undang dan peraturan syara’

4-Menjadi payung atau penyelaras kepada NGO-NGO Islam dan sukarelawan-sukarelawan yang sedi ada di dalam menjalankan aktiviti kesukarelawan bagi mengelakkan pertindihan atau kelopongan kepada kumpulan sasaran.

Kelab Sukarelawan Sosial Islam ini telah dilancarkan secara rasminya pada 2 Mac 2014 ini bertempat di Dewan Sheikh Al Fathoni, Masjid Tuanku Sultan Mizan, Putrajayaoleh Yang Berbahagia Dato’ Haji Razali Bin Shahabudin, Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Insan, JAKIM.

Selaras dengan pelancaran Kelab ini, keahlian akan dibuka kepada mana-mana individu secara percuma yang berminat dengan beberapa syarat yang dikenakan iaitu:

1-Warganegara Malaysia yang beragama Islam dan berumur lebih daripada 18 Tahun keatas

2-Mestilah berdaftar dengan Yayasan Ihtimam Malaysia atau dengan unit sukarelawan di bawah Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial dan Komuniti, JAKIM.

Next
Never submit passwords through Google Forms.
This content is neither created nor endorsed by Google. Report Abuse - Terms of Service