Informasi Tambahan
Nota tentang Privasi Maklumat
a. Segala maklumat dan data peribadi yang diberikan adalah tertakluk kepada Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709).
b. Dengan mengisi dan menghantar maklumat dalam borang (dalam-talian) ini, maka pemohon bersetuju bahawa maklumat yang diberikan adalah benar dan membenarkan penggunaan maklumat peribadi pemohon untuk tujuan pengelolaan program.
Nota tentang Permohonan
a. Permohonan akan disaring dan permohonan yang diluluskan akan dimaklumkan melalui emel dan WhatsApp
b. Pemakluman kelulusan perlu disahkan oleh peserta, sebelum proses seterusnya (seperti penyaluran insentif) dilakukan.
c. Kesemua peserta layak menerima insentif data internet dan insentif makanan.
d. Peserta adalah wajib mengikuti keseluruhan sesi dan komponen (termasuk komponen bengkel dan komponen webinar) tanpa kecuali.
Nota tentang penyaluran Insentif
a. Insentif data internet bernilai RM50 akan disalurkan ke dalam akaun bank peserta.
b. Insentif makanan bernilai RM 50 akan disalurkan ke dalam akan bank peserta.
Nota tentang penghantaran item
a. Item seperti sijil, buku kecil panduan, dan tshirt akan dihantar ke alamat yang diberikan dalam borang ini.
b. Untuk item seperti T-Shirt, tiada sebarang jaminan untuk anda mendapat saiz baju seperti yang anda nyatakan kerana ia bergantung kepada stok saiz baju yang ada.
c. Pihak penganjur tidak menjanjikan sebarang tarikh item-item ini akan sampai. Ia berkemungkinan mengambil masa beberapa minggu. Dalam erti kata lain, tiada sebarang jaminan item-item ini akan tiba di tangan peserta dalam tempoh masa terdekat.