Siri Keempat Latihan Pembangunan iOS Apps: i-Code Advanced
Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), dengan kerjasama Menteri Besar Incorporated (MBI) dan Smart Selangor kini mengadakan beberapa siri Kem Latihan Pembangunan iOS Apps (i-Code Advanced) di Pustaka Raja Tun Uda dan PPAS Pandan Jaya. Siri Pertama, Kedua dan Ketiga i-Code Advanced telah dijalankan dengan jayanya masing-masing bermula 17 Mac sehingga 23 Jun 2018, 21 Julai 2018 sehingga 24 November 2018 dan 16 Februari sehingga 7 April 2019.

Siri i-Code Advanced seterusnya iaitu Siri Keempat dijadualkan bermula 20 Julai 2019 di Pustaka Raja Tun Uda dan PPAS Pandan Jaya dan akan berlangsung selama 16 sesi. Program i-Code Advanced bertujuan untuk melatih para peserta dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan bagi membangunkan aplikasi mudah alih (mobile apps) berasaskan teknologi iOS.

Menteri Besar Incorporated (MBI) merupakan penaja rasmi yang akan menaja yuran penyertaan sebanyak RM12,800 seorang. Penyertaan adalah terhad untuk 10 orang sahaja di setiap lokasi.

Komitmen peserta untuk menghadiri kesemua 16 sesi yang akan dijalankan adalah diperlukan. Denda yang berpadanan akan dikenakan bagi peserta yang gagal memberikan komitmen tanpa alasan yang kukuh bagi menghormati jasa baik pihak penaja.

Pihak yang berminat dikehendaki untuk mengisi borang penyertaan ini bagi tujuan pendaftaran dan melengkapkan Ujian Aptitud bagi tujuan saringan peserta yang layak menerima tajaan. Calon peserta yang mengisi borang pendaftaran dan melengkapkan Ujian Aptitud haruslah bersetuju dengan terma yang dinyatakan di atas. Setiap peserta dikehendaki untuk menandatangani akur janji berhubung komitmen yang akan diberikan sepanjang program dijalankan.

Pilihan Perpustakaan *
Required
Nama Penuh *
Sila isikan nama penuh seperti yang tertera pada kad pengenalan bagi memudahkan urusan pensijilan di akhir program.
Your answer
Alamat Emel *
Sila isikan alamat emel yang aktif kerana ia merupakan salah satu medium utama bagi komunikasi antara peserta dan penganjur program.
Your answer
Alamat *
Sila isikan alamat lengkap.
Your answer
No Telefon *
Sila isikan no telefon yang aktif kerana ia merupakan salah satu medium utama bagi komunikasi antara peserta dan penganjur program.
Your answer
Tarikh Lahir *
Tiada had umur yang ditetapkan. Peserta termuda yang pernah menyertai program i-Code Advanced sebelum ini adalah 15 tahun, dan yang paling dewasa berumur 47 tahun.
MM
/
DD
/
YYYY
Status Peserta *
Sila pilih yang paling sesuai dengan anda.
Nama Institusi Pendidikan/Majikan *
Your answer
Fakulti/Bahagian/Jabatan *
Your answer
Terima kasih atas pendaftaran anda.
Anda akan dihubungi melalui emel beserta dengan capaian Ujian Aptitud yang perlu dilengkapkan. Sila ambil perhatian yang pendaftaran dikira lengkap hanya jika Ujian Aptitud telah dilengkapkan.
Submit
Never submit passwords through Google Forms.
This content is neither created nor endorsed by Google. Report Abuse - Terms of Service