Mengajar Gaya NLP
**Tempat terhad kepada 30 orang sahaja
Tarikh ››
Masa ›› 9:00am – 5:30pm
Tempat ›› MPWS Training Centre, Seksyen 7, Bandar Baru Bangi # map
Medium ›› Bahasa Malaysia
SIAPA PERLU HADIR?
» Khusus untuk Guru, Kaunselor, Pensyarah dan Tenaga Pengajar
KENAPA PERLU BELAJAR?
» Ia adalah alat pengajaran yang praktikal dengan pendekatan, teknik dan strategi yang menjadikan pengalaman pembelajaran dalam kelas lebih menarik dan 'hidup'

» Menyediakan pelbagai strategi bagi membantu peserta mewujudkan dan mengekalkan hubungan baik, memperkasa komunikasi, memperbaiki keupayaan memotivasi dan mempengaruhi, mengendalikan situasi diri, menangani tingkah laku mencabar dan banyak lagi

KENAPA PERLU HADIR?
» Pelajar perlu dilengkapkan dengan kemahiran belajar secara efektif dan berkesan
» Para pendidik perlu melengkapkan diri dengn kaedah yang berkesan bagi membantu para pelajarnya
» Mengawal dan mengurus keadaan keadaan diri dan pelajar
» Kaedah meningkatkan motivasi keadaan diri dan pelajar
» Menggunakan metafora dan cerita sebagai alat berkuasa tinggi dalam pembelajaran
Speaker Profile
Encik Shuhairy Norhisham diberikan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam bidang Kejuruteraan Awam daripada Universiti Tenaga Nasional (2008) dan dianugerahkan Ijazah Sarjana dalam bidang Kejuruteraan Lebuh Raya dan Pengangkutan pada tahun 2010 daripada Universiti Putra Malaysia.
Beliau sekarang berkhidmat dengan Universiti Tenaga Nasional sebagai pensyarah sejak tahun 2010 setelah menjadi tutor selama 3 tahun. Beliau sentiasa terlibat dengan penyelidikan berkaitan pengangkutan seperti pengangkutan awam, pengurusan kemudahan tempat letak kenderaan, dan pengangkutan hijau.

Selain merupakan salah seorang penerima Universiti Tenaga Nasional Postgraduate Scholarship pada tahun 2009 untuk pengajian sarjana, beliau juga menerima anugerah sebagai Best Graduate Member IEM G&S YES (2008) dan Best Committee Member IEM G&S YES (2009) daripada Institut Jurutera Malaysia (IEM). Beliau juga pernah dianugerahkan sebagai pensyarah terbaik dalam Pembangunan Pelajar (2011).

Antara pencapaian pertandingan akademik beliau adalah pingat gangsa PECIPTA 2007 (S2MAX – Sustainable Stormwater Management Expert System) , pingat perak ITEX 2007 (MyBMPs: Malaysian Best Stormwater Management Practises) dan pingat emas INDEC 2007 (Permeable Concrete for Walkway Usage).

Selain terlibat dengan IEM Young Engineers Section (IEM YES), beliau juga terlibat dengan jawatankuasa kecil IEM Membership Drive, jawatankuasa Qualification and Admission, jawatankuasa IEM Information and Publication, jawatankuasa IEM Activities dan jawatankuasa IEM Highway and Transportation Engineering Technical Division. Beliau juga merupakan ahli jawatankuasa Transportation Science Society Malaysia.

Beliau telah dikenali di peringkat Asia Tenggara sebagai setiausaha untuk Executive Committee of the ASEAN Engineers Register 2010/2012 dan ahli jawatankuasa bagi Young Engineers ASEAN Federation of Engineering Organization (YEAFEO) 2010/2012. Pada masa ini, beliau telah berdaftar sebagai Associated ASEAN Engineers (AAE) dan menjadi antara jurutera perintis muda menerima AAE di peringkat Asia Tenggara.

Encik Shuhairy terlibat sebagai sukarelawan di Institut Jurutera Malaysia. Beliau pernah menjadi pengerusi untuk Graduate and Students – Young Engineers Section, Institut Jurutera Malaysia (2010/2012).

Pernah menganjurkan hampir 48 seminar dan bengkel semasa bersama Young Engineers Section, Institut Jurutera Malaysia. Kini aktif membantu Malaysian Postgraduate Workshop Series dalam menasihati penganjuran bengkel dan seminar. Dianggarkan penganjuran Malaysian Postgraduate Workshop Series sudah mencecah sehingga 200 seminar dan bengkel serta telah membantu lebih 6000 pelajar pascasiswazah Malaysia.

Aktif bersukan seperti ragbi dan olahraga pada zaman persekolahan dan sukakan aktiviti pertandingan menjadikan beliau seorang yang bersungguh-sungguh dalam sesuatu pertandingan. Pernah membimbing pasukan olahraga dan kontijen sukan di UNITEN yang pencapaiannya tercorot sebelumnya menjadi juara 5 tahun berturut-turut (2008-2012). Juga membawa pasukan UNITEN memenangi pertandingan teknikal seperti Bridge Model Competition, Malaysian Structural Steel Association Competition, Concrete Canoe Competition dan Build & Break Competition.

Berpengalaman bersama pengurusan jabatan menjalankan temuduga untuk pensyarah baru untuk Jabatan Kejuruteraan Awam , UNITEN semasa dipertanggungjawabkan memegang portfolio Ketua Unit, Kebajikan Staf dan Pelajar.

Beliau kini sedang menjalankan pengajian di peringkat PhD di IPTA tempatan

Contact Us
Email: admin@postgraduateworkshop.com
WhatsApp: 012-727 3420
Telefon : 03- 8912 7212
Yuran Daftar
RM XX
Next
Never submit passwords through Google Forms.
This content is neither created nor endorsed by Google. - Terms of Service