Pendaftaran Akademi Tim Misi
Pendaftaran Akademi Tim Misi sesi 2019 sudah dibuka!

Akademi Tim Misi adalah kelas online yang mengajar ilmu komik dari melukis hingga cara mengkomersilkan karya. Tempoh program adalah selama 10 bulan iaitu dari Januari hingga Oktober.

Antara topik yang diajar adalah:
+ Melukis watak
+ Melukis latar
+ Menulis cerita
+ Mewarna digital
+ Alatan dan perisian
+ Konsep dan rekaan
+ Penerbitan komik
+ Komunikasi
+ Keusahawanan

Bagi memantapkan pembelajaran, pelajar akan diberikan tugasan, latihan, dan tutorial yang bersesuaian dengan tahap dan kemampuan pelajar.

Tenaga pengajar dalam Akademi Tim Misi merupakan para individu yang memiliki kepakaran dalam bidang komik, iaitu antaranya adalah:
+ Afiq & Nazry (pengkarya asal siri komik MISI)
+ Harihtaroon (juara pertandingan komik di dalam dan luar negara)
+ Husna Adnan (mantan editor PTS dan pengurus jualan Skuad Misi)
+ Hanza (pelukis komik profesional)

Had usia pelajar adalah antara 7 tahun hingga 40 tahun. Pelajar berusia bawah 15 tahun digalakkan mendapat bimbingan ibu bapa atau penjaga sepanjang program.

Berikut adalah harga yuran pengajian. Ada tiga pakej dan anda boleh pilih salah satu.

1. Pakej asas (RM299)
+ Pembelajaran online selama 10 bulan (maksima)
+ Latihan dan tugasan (tanpa feedback)

2. Pakej lengkap (RM499)
+ Pembelajaran online selama 10 bulan (maksima)
+ Latihan dan tugasan (dengan feedback)
+ 1 helai baju-T Akademi Tim Misi
+ Laporan perkembangan setiap 2 bulan

3. Pakej mentor (RM999)
+ Pembelajaran online selama 10 bulan (maksima)
+ Latihan dan tugasan (dengan feedback)
+ 1 helai baju-T Akademi Tim Misi
+ Laporan perkembangan setiap 2 bulan
+ Projek komik dengan bimbingan mentor

(Anda boleh membayar secara ansuran sebanyak 5 kali. Bayaran ansuran minima adalah RM100)

Bagaimana cara pembelajaran online?
+ Lokasi pembelajaran adalah di group Facebook tertutup
+ Setiap minggu, ada 1 video tutorial baru dan 1 kali perkongsian LIVE selama sejam di group
+ Latihan dan tugasan akan diberikan di group
+ Ruang pertanyaan dan sesi komen karya akan dibuka di group mengikut keperluan
+ Laporan perkembangan akan diemelkan kepada pelajar atau ibu bapa penjaga.

Sekiranya berminat, mohon isikan borang di bawah.

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi 012-7219956.

Nama pelajar *
Your answer
Tarikh lahir *
MM
/
DD
/
YYYY
Nombor telefon *
Your answer
Alamat emel *
Your answer
Nama ibu / bapa / penjaga (bagi calon pelajar bawah 15 tahun)
Your answer
Nombor telefon ibu / bapa / penjaga
Your answer
Alamat emel ibu / bapa / penjaga
Your answer
Pakej pendaftaran *
Submit
Never submit passwords through Google Forms.
This content is neither created nor endorsed by Google. Report Abuse - Terms of Service