REAKSI TERHADAP ORDINAN DARURAT BERITA TIDAK BENAR
Sign in to Google to save your progress. Learn more
LATAR BELAKANG:
Menurut Warta Kerajaan Persekutuan yang dikeluarkan, Ordinan Darurat Kuasa-kuasa Perlu (No. 2) 2021 berkuat kuasa pada 12 Mac 2021 bagi mengekang penularan berita tidak benar.

Ia sekali gus memberi kuasa kepada kerajaan untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana individu yang cuba menyiar serta menyebarkan berita tidak benar khususnya di media sosial.

Mengikut ordinan itu, 'berita tidak benar' termasuklah apa-apa berita, maklumat, data dan laporan keseluruhan atau sebahagiannya palsu yang berhubungan dengan COVID-19 atau Proklamasi Darurat sama ada dalam bentuk rencana; visual atau rakaman audio; dan dalam apa-apa bentuk lain yang boleh menggambarkan perkataan atau idea.

Ordinan itu memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-dua sekali. Bagi kesalahan yang berterusan pula, denda yang dikenakan tidak lebih RM1,000 bagi setiap hari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Kajian ini dilaksanakan oleh Jabatan Penerangan Malaysia bagi mendapatkan maklum balas masyarakat berkenaan "Reaksi Terhadap Ordinan Darurat Berita Tidak Benar" yang telah diwartakan oleh kerajaan bagi mengekang berita palsu.

Tempoh Kajian: 14 hingga 17 Mac 2021



Next
Clear form
Never submit passwords through Google Forms.
This content is neither created nor endorsed by Google. Report Abuse - Terms of Service - Privacy Policy