TAHUN : 5 SIDDIQ & 5 AMANAH
Bidang : Al Quran
Tajuk : Kefahaman Surah Al Qadr
SK : 1.3.1.1
SP : 1.3.1.1,1.3.1.2, 1.3.1.3
Objektif : Murid-murid dapat :
1. Membaca dan menghafaz surah Al Qadr dengan betul dan bertajwid.
2. Mengamalkan bacaan surah al Qadr dalam solat 5 waktu.
Pengenalan surah al-Qadr:
Surah al-Qadr mengandungi 5 ayat. Surah ini diturunkan di Mekah dan dinamakan ayat Makiyyah, merupakan surah ke 97 dalam al-Quran. Surah ini juga dinamakan al-Qadr kerana kandungannya menceritakan kehebatan dan kemuliaan malam Lailatul Qadar. Para malaikat dan Jibril turun pada malam Lailatul Qadar dengan membawa keberkatan dan kebajikan kepada hamba-hamba Allah yang mukmin dan soleh.
( Ustazah KHAIRANI BINTI SALIM: SK PARIT PENGHULU )