SOAL SELIDIK SENIBINA IDENTITI KEBANGSAAN MALAYSIA (NATIONAL ARCHITECTURAL IDENTITY OF MALAYSIA)
Soal selidik ini bertujuan untuk :

1. Meningkatkan kefahaman masyarakat awam mengenai keperluan suatu dasar dan garis panduan bagi mengawal pembangunan senibina dan alam bina di Malaysia.

2. Memaklumkan kepada masyarakat awam khususnya pemegang taruh (stakeholder) mengeni penggubalan Dasar Senibina Identiti Kebangsaan (National Architectural Identity Policy); dan

3. Mendapat maklumbalas berhubung perlaksanaan Dasar Senibina Identiti Kebangsaan (DaSIK) dan Garis Panduan (Guidelines) Senibina Identiti Kebangsaan (GaSIK).


Sila isikan maklumat di bawah untuk catatan dan maklumbalas yang akan diberikan:

Nama & No. Pendaftaran LAM (Jika ada) :
Your answer
Pekerjaan :
Your answer
Organisasi / Pejabat :
Your answer
Alamat :
Your answer
Emel :
Your answer
Telefon/HP :
Your answer
Umur :
Your answer
A SENIBINA BERIDENTITI KEBANGSAAN MALAYSIA (NATIONAL ARCHITECTURAL IDENTITY MALAYSA) 1. Kenyataan berikut menerangkan mengenai keperluan Dasar Senibina Beridentiti Kebangsaan dalam pembangunan senibina dan alam bina di Malaysia. Sejauh manakah anda bersetuju/tidak dengan kenyataan berikut :i Pembangunan senibina dan alam bina wajar dilakukan dengan mengambilkira iklim dan persekitaran setempat (local environment) serta warisan budaya (cultural heritage) dan senibina masyarakat setempat (local community architecture).
ii. Senibina adalah suatu bentuk pelafazan (interpretation) serta penzahiran warisan budaya bangsa (cultural heritage) yang paling tepat yang mudah ditatap oleh mata rakyat dan para pengunjung.
iii. Pengunjung dan pelancung yang hadir ke Malaysia sentiasa ingin melihat pembangunan senibina dan alam bina yang berjiwa setempat (sense of place) dan menjadi identiti kepada negara Malaysia.
iv. Malaysia memerlukan kesungguhan rakyatnya bagi menjadikan bangunan-bangunan istimewa (ikonik) dan bermercu tanda mengangkat keterbilangan budaya bangsa (cultural diversity) dan negara.
v. Rakyat Malaysia memerlukan suatu dasar utama dan garis panduan bagi mewujudkan satu hala tuju kearah memperkasakan penglibatan dalam menzahirkan hasrat pemeragaan identiti kebangsaan dalam senibina dan alam bina.
B. AMALAN TERBAIK PERATURAN SEBAGAI SUMBER PEMBENTUKAN DASAR 2. Perlembagaan Malaysia menjadi sumber utama pembentukan dasar dan Garis Panduan Senibina Identiti Kebangsaan (GaSIK).
3. Senibina beridentiti kebangsaan terzahir menerusi garapan nilai dan amalan yang mendokong budaya setempat dan kewilayahan. Dasar Senibina Identiti Kebangsaan perlu dilandaskan kepada nilai-nilai agama, kerukunan bangsa, adat dan budaya yang digagaskan dalam kelima-lima lunas Rukun Negara.
4. Kenyatan berikut menerangkan mengenai perlunya mematuhi Prinsip Dasar Kebudayaan Kebangsaan (DKK) 1971 yang telah dimeterai dalam merangka Dasar Senibina Identiti Kebangsaan (DaSIK)dan Garis Panduan Senibina Identiti Kebangsaan (GaSIK) seperti berikut ; i. Saya berpendapat bahawa naskah Dasar Kebudayaan Kebangsaan (DKK) 1971 bersesuaian untuk diterima pakai;
ii. Dasar dan Garis Panduan Senibina Identiti Kebangsaan (GaSIK) perlu berteraskan kepada kebudayaan dan senibina warisan rakyat asal rantau ini (pribumi di rantau alam Melayu);
iii. Dasar dan Garis Panduan Senibina Identiti Kebangsaan (GaSIK) perlu mengambilkira unsur-unsur kebudayaan lain di Malaysia yang sesuai dan wajar diterima;
iv. Dasar dan Garis Panduan Senibina Identiti Kebangsaan perlu mengambilkira Islam sebagai unsur yang penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan dan senibina serta alam bina yang beridentikan kebangsaan.
5. Dasar-dasar sedia ada yang diluluskan oleh Kerajaan yang berkaitan dengan senibina dan perancangan seperti Dasar Perbandaran Negara dan Dasar Perumahan Negara akan sentiasa disuai dan diselaraskan dengan hasrat dan keperluan Dasar Senibina Identiti Kebangsaan ini.
C. PERANCANGAN MEWUJUDKAN PERATURAN BARU 6. Dasar Senibina Identiti Kebangsaan (DaSIK) bertujuan untuk dijadikan rujukan dan panduan oleh para arkitek, perekabentuk, perancang, pembuat dasar dan pihak berkuasa dalam perihal penyediaan rekabentuk senibina (architecture), rekabentuk dalaman (interior design), rekabentuk bandar (urban design) dan alam bina (built environment) beridentitikan kebangsaan yang bernilai tinggi, bersifat pembaharuan, berdaya maju dan kekal lestari.
7. Kenyatan berikut menerangkan mengenai perlunya mematuhi lima Teras Utama serta strategi dan tindakan Dasar Senibina Identiti Kebangsaan bagi pembentukan unsur-unsur dasar dalam Dasar Senibina Identiti Kebangsaan seperti berikut ; i. Pembangunan senibina dan alam bina di Malaysia perlu mengambilkira perihal kesesuaian pengguna dan latarbelakang budaya masyarakat setempat di mana pembangunan tersebut dilaksanakan.
ii. Pembangunan senibina dan alam bina di Malaysia perlu mengambilkira perihal persekitaran dan keadaan tempatan yang merujuk kepada teras persekitaran dan kebudayaan serta ekosistem watan dimana pembangunan tersebut dilaksanakan.
iii. Pembangunan senibina dan alam bina di Malaysia perlu mengambilkira perihal rekabentuk mesra alam dalam penghayatan rekabentuk senibina dan alam bina terhadap iklim dan alam tropika dimana pembangunan tersebut dilaksanakan.
iv. Pembangunan senibina dan alam bina di Malaysia perlu mematuhi perundangan, peraturan dan penguatkuasaan Dasar Senibina Identiti Kebangsaan bagi menilai dan menggubal peraturan dan garis panduan ke arah mewujudkan satu keadaan dan suasana pengamalan yang menjurus kepada pembentukan rekabentuk senibina dan alam bina beridentiti kebangsaan.
8. Cadangan Dasar Senibina Identiti Kebangsaan (DaSIK) akan membolehkan satu Garispanduan Senibina Identiti Kebangsaan (GaSIK) dihasilkan yang bertujuan untuk dijadikan rujukan dan panduan dalam merekabentuk bangunan dan alam bina.
9. Majlis Senibina Identiti Kebangsaan perlu diwujudkan yang bakal bertindak sebagai pusat rujukan dan badan yang bertanggungjawab mengawal selia, mempromosi, menerap dan mengatur (regulate) pembentukan Senibina Identiti Malaysia dalam amalan (practice) dan pendidikan senibina masa kini dan akan datang.
10. Sebuah jabatan seperti Jabatan Arkitek Negara (JAN) bertaraf Jabatan Persekutuan di bawah teraju Majlis Identiti Senibina Kebangsaan perlu ditubuhkan bagi menyelaras dan memantau kegiatan dan rancangan pembangunan senibina dan alam bina di seluruh negara di bawah strategi dalam dasar dan Garis Panduan Senibina Identiti Kebangsaan (GaSIK).
11. Cadangan dasar dan Garis Panduan Senibina Identiti Kebangsaan ini boleh dilaksanakan oleh kementerian dan agensi-agensi Kerajaan, Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Universiti Awam dan Institusi Pengajian Tinggi.
12. Adakah anda bersetuju untuk diwujudkan peraturan baru dalam pembangunan senibina dan alam bina di Malaysia.
13 Adakah pejabat yang anda wakili bersetuju untuk diwujudkan peraturan baru dalam pembangunan senibina dan alam bina di Malaysia.
14. Adakah anda bersetuju bahawa perlaksanaan tindakan Pihak Berkuasa Negeri (PBN) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) hanya meliputi pemantauan terhadap peraturan yang telah ditetapkan dan tidak melibatkan penetapan rekabentuk.
D. AMALAN YANG TIDAK WAJAR DILAKUKAN 15. Kebanyakan bangunan baru di negara ini terutamanya di Bandaraya Kuala Lumpur tidak melambangkan ciri-ciri Malaysia.
16. Saya berpendapat pembangunan senibina dan alam bina yang meniru gaya dan perwatakan bangunan dari luar negara dan tidak bercirikan Malaysia: i. Tidak sesuai untuk diterima pakai dalam amalan senibina;
ii. Menghilangkan semangat jatidiri dan kecintaan terhadap budaya bangsa rakyat Malaysia
iii. Tidak mengambarkan kewibawaan rakyat Malaysia yang berdaya maju
iv. Menjatuhkan maruah bangsa di mata dunia sejagat
E. CADANGAN IKHTIAR PENGGALAKAN (Proposed Effort to Encourage) 17. Bagi menggalakkan pengunaan dan pelaksanaan dasar dan Garispanduan Senibina Identiti Kebangsaan (GaSIK) ini, beberapa ikhtiar penggalakan dicadang supaya dilaksanakan. Sejauh manakah anda bersetuju / dengan kenyataan berikut : i. Mengadakan hebahan dan penggalakan (promosi) melalui media dan sebagainya tentang bangunan beridentiti kebangsaan;
ii. Mengadakan latihan, bimbingan dan khidmt nasihat melalui wacana, persidangan, bengkel dan sebagainya tentang bangunan beridentiti kebangsaan;
iii. Mewujudkan anugerah khas yang akan dilaksanakan secara berkala sebagai galakan kepada penggiat industri pembinaan yang menerapkan rekabentuk identiti kebangsaan.
iv. Dicadangkan universiti awam dan institusi pengajian tinggi menggalakkan beberapa mata kredit bagi pembelajaran berteraskan dasar dan Garispanduan Senibina Identiti Kebangsaan (GaSIK) di dalam kursus Senibina dan Alam Bina.
v. Dicadangkan satu index penggunaan diwujudkan bagi senibina yang mengamalkan senibina beridentitikan kebangsaan termasuk yang menggunakan bahan seni dan kraftangan tempatan.
F. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN 18. Bagaimanakah peranan pihak jawatankuasa Senibina Identiti Kebangsaan yang sedia ada dalam proses membuat peraturan dasar dan Garis Panduan Senibina Identiti Senibina Kebangsaan (GaSIK) boleh diperkukuhkan? Sila beri cadangan anda.
Your answer
19. Bagaimanakah pihak pemegang taruh yang sedia ada boleh membantu jawatankuasa Senibina Identiti Kebangsaan dalam proses membuat peraturan dasar dan Garis Panduan Senibina Identiti Senibina Kebangsaan (GaSIK)? Sila beri cadangan anda.
Your answer
20. Bagaimankah pihak penguasa tempatan utama sedia ada boleh berperanan dalam penguatkuasaan perlaksanaan dasar dan Garis Panduan Senibina Identiti Kebangsaan (GaSIK) setelah ianya dilaksanakan? Sila beri cadangan anda.
Your answer
21. Sila beri cadangan untuk penambahbaikan keseluruhan
Your answer
Submit
Never submit passwords through Google Forms.
This content is neither created nor endorsed by Google. Report Abuse - Terms of Service - Additional Terms