PROGRAM IMUNISASI COVID-19 KEBANGSAAN UNTUK KOMUNITI OKU PENGLIHATAN DI LEMBAH KLANG
Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB) bekerjasama dengan Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI) & Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menjadikan Kompleks MAB sebagai Pusat Pemberian Vaksian (PPV) buat komuniti OKU Penglihatan di Brickfields dan Lembah Klang bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan untuk komuniti OKU Penglihatan.
Untuk menjayakan program ini, MAB ingin memohon kerjasama dan sokongan daripada komuniti OKU Penglihatan yang berada di sekitar Lembah Klang supaya mendaftar sebagai penerima suntikan vaksin. OKU Penglihatan juga digalakkan membawa pengiring (Saudara / Penjaga) ke Pusat Pemberian Vaksin di MAB. Pengiring tersebut juga layak untuk didaftarkan bersama bagi menerima vaksin.
Anda diminta untuk melengkapkan maklumat yang diperlukan dibawah;