PROGRAM INFAQ BUKU BAYT AL FURQAN
Program Infaq Buku Bayt Al Furqan diteruskan

Assalamualaikum wrt.

Terima kasih kerana sudi mengambil bahagian dalam program #INFAQBUKU di Bayt Al Furqan.

Program infaq buku ini telah bermula sejak di bulan Ramadhan lagi, khusus untuk pembelian buku-buku Tajwid terbitan Bayt Al Furqan, iaitu sebanyak 200 naskah Kitab Al Itqan dan 200 naskah Buku Tajwid Amali, inshaAllah. Bilangan ini adalah bagi memenuhi keperluan Pondok Moden Tahfiz Saadah Addaarain di Telok Panglima Garang, Kuala Langat. 

Alhamdulillah setakat ini, sumbangan yang diterima adalah cukup untuk penghantaran sebanyak lebih kurang 100 set kitab. Sehubungan dengan itu, Bayt Al Furqan akan meneruskan program ini sehingga mencapai sasarannya, iaitu sebanyak 200 set kitab, bagi memenuhi keperluan Pondok tersebut.

Tuan/Puan boleh memilih sama ada untuk (i) menginfaq sejumlah wang seikhlas hati ATAU (ii) menginfaq sejumlah wang mengikut harga satu set buku berjumlah RM60, iaitu Kitab Al Itqan (RM35) dan Buku Tajwid Amali (RM25).

Maklumat berkenaan buku-buku tersebut boleh didapati di https://www.baytalfurqan.com/isi-kandungan


     *Tatacara Infaq*
  1. Niat
  2. Isi borang berikut dengan betul
  3. Laksanakan transaksi infaq (melalui mesin ATM, atau secara online) mengikut nilai yang dinyatakan dalam borang
  4. Simpan salinan bukti transaksi
  5. Lampirkan bukti transaksi melalui WhatsApp ke nombor +(60)16 926 4275 (Admin)

     *Butiran Akaun Infaq Buku*
  • Bank: MAYBANK
  • Nama Akaun: BAYT AL FURQAN
  • Nombor Akaun: 5551 0840 1483
  • Reference: infaqbuku

Selain itu, Tuan/Puan boleh juga merebut peluang untuk menghulurkan infaq berupa tajaan kursus, khususnya untuk "Kursus Pemantapan Ilmu Asas Tajwid" selama 30 hari. Bayt Al Furqan menawarkan kursus ini sebanyak lebih kurang 3-4 kali setahun. Tuan/Puan boleh memilih sama ada untuk (i) menginfaq sejumlah wang seikhlas hati ATAU (ii) menginfaq berupa tajaan penuh kursus berjumlah RM300/peserta.

Maklumat berkenaan kursus boleh didapati di laman web Bayt Al Furqan di https://jombelajartajwid.baytalfurqan.com/.


     *Butiran Akaun Infaq Kursus*
  • Bank: CIMB
  • Nama Akaun: BAYT AL FURQAN
  • Nombor Akaun: 8603 415 424
  • Reference: infaqkursus

Hubungi Admin di +(60)16 926 4275 untuk pertanyaan lanjut. 

Jazakumullahu khairan.

Sign in to Google to save your progress. Learn more
Nama Penuh *
No. Telefon (Handphone) *
Bandar *
Pernah mengikuti mana-mana kursus di Bayt Al Furqan? *
Next
Clear form
Never submit passwords through Google Forms.
This content is neither created nor endorsed by Google. - Terms of Service - Privacy Policy

Does this form look suspicious? Report