Pendaftaran Program IPC - PPT
Program IPC - PPT adalah salah satu program di bawah kelolaan Malaysia Automotive Institute (MAI). Ia merupakan satu kaedah untuk mendapatkan Persijilan Kemahiran Malaysia melalui pengalaman lalu (kerja atau latihan) tanpa perlu menduduki peperiksaan.
Calon dikehendaki mengemukakan bukti kemahiran yang telah diadakan untuk dinilai oleh Pegawai Penilai dan diluluskan oleh Pegawai Pengesah Luaran yang dilantik oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dengan dikoordinasikan oleh MAI.

Faedah program IPC-PPT kepada peserta adalah;

• Memperoleh sijil dalam masa yang singkat tanpa perlu menghadiri kelas/latihan/menduduki ujian.
• Peluang kerjaya yang lebih cerah
• Menjadi pekerja kompeten sebagaimana digariskan oleh NOSS.

Syarat kemasukan bagi program ini adalah:

i) Berumur 18 tahun ke atas
ii) Mempunyai kemahiran dalam bidang yang berkaitan automotif
iii) Calon memenuhi syarat tempoh pengalaman kerja minimum 1 tahun
iv) Berupaya mengemukakan bukti-bukti keterampilan yang sah

Maklumat program adalah seperti ketetapan berikut :-

Program : Program IPC – PPT

Tempoh Pengalaman Kerja:

a) 1 tahun pengalaman kerja untuk SKM Tahap 1
b) 2 tahun pengalaman kerja untuk SKM Tahap 2
c) 3 tahun pengalaman kerja untuk untuk SKM Tahap 3
d) 5 tahun pengalaman kerja untuk untuk DKM
e) 7 tahun pengalaman kerja untuk untuk DLKM

Jangkamasa Pembangunan Portfolio : 2 bulan bagi SKM Tahap 1/2/3 dan 5 bulan bagi DKM/DLKM
Tempat Penilaian : Mengikut ketetapan MAI

MAI akan menghubungi Syarikat / calon-calon yang layak untuk tindakan selanjutnya.

Maklumat mengenai Persijilan SKM melalui pengalaman boleh didapati di pautan ini: http://bit.ly/persijilan_SKM_melalui_PPT

Sebarang pertanyaan boleh isikan di pautan ini: http://bit.ly/MAIFeedback

Pihak MAI akan menghubungi anda untuk tindakan lanjut.

Terima kasih!

Next
Never submit passwords through Google Forms.
This content is neither created nor endorsed by Google. Report Abuse - Terms of Service