PERTUBUHAN KEBAJIKAN DAN AMAL UNIKEB
Pengenalan
Pertubuhan Kebajikan Dan Amal UNIKEB ditubuhkan selaras dengan keputusan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) UNIKEB pada 16 Jun 2015 dan telah diluluskan pendaftaran oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) pada 16 ogos 2016.

Semua yang layak dijemput untuk mendaftar sebagai ahli.
Matlamat Penubuhan
1. Menjalankan aktiviti kebajikan dan amal pertubuhan ini.

2. Mentadbir dan memastikan perjalanan dan operasi Rumah Jagaan Kanak-kanak dan Warga Emas teratur dan sistematik.

3. Mendapatkan dan mengurus dana bagi operasi Rumah Jagaan Kanak-kanak dan Warga Emas.

4. Menguruskan Rumah Jagaan Kanak-kanak dan Warga Emas yang menjaga kebajikan, pendidikan dan kesejahteraan penghuni.

Keahlian
(1) Keahlian pertubuhan adalah seperti berikut;

a) Ahli Biasa
• Warganegara Malaysia
• 25 tahun ke atas
• Sekitar Lembah Kelang
• Terbuka kepada semua bangsa
• Lelaki dan wanita
• Islam
• Semua keturunan
• Pekerja UKM, Anggota dan bekas anggota Koperasi UNIKEB Berhad

b) Ahli Kehormat terdiri daripada mereka yang berjasa kepada masyarakat dan boleh memberi sumbangan kepada kejayaan pertubuhan.

c) Ahli Seumur Hidup terbuka kepada Ahli Biasa yang membayar yuran seumur hidup.

(2) Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dihantar kepada Setiausaha yang dikehendaki mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk diluluskan. Jawatankuasa boleh mengikut budibicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab-sebabnya.

(3) Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti yang tersebut di atas, hendaklah setelah membayar bayaran masuk dan yuran pertama seperti yang ditetapkan diterima menjadi ahli Pertubuhan dan berhaklah ia sebagai ahli.

Sumber Kewangan
Sumber kewangan pertubuhan ini adalah daripada:

(1) Bayaran masuk: RM 5.00 (Lima ringgit ) sahaja.

(2) Yuran:

a) Seumur hidup sebanyak RM 10.00 (Sepuluh ringgit) sahaja.

b) Yuran seumur hidup hendaklah dijelaskan kepada Bendahari terlebih dahulu dalam tempoh 14 hari selepas diluluskan keahlian. hari dari awal tiap-tiap (bulan/tahun)

c) Yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh dipungut dengan persetujuan mesyuarat agung ahli-ahli. Sekiranya ada ahli yang mungkir membayar wang yuran tersebut dalam tempoh yang telah ditetapkan, maka wang itu akan dianggap sama seperti hutang yuran bulanan.

(3) Sumbangan
Pertubuhan ini dibenarkan untuk menerima sumbangan dalam apa-apa bentuk dan sumbangan yang diterima hendaklah diisytiharkan di dalam Penyata Tahunan Pertubuhan.

(4) Kutipan Derma
Pertubuhan boleh membuat kutipan derma dari orang ramai dengan syarat pengesahan daripada Pendaftar Pertubuhan dan kebenaran daripada pihak berkuasa berkenaan diperolehi terlebih dahulu.

(5) Perniagaan
Pertubuhan ini boleh menjalankan kegiatan ekonomi seperti menjual, membeli, melabur, menyewa, memiliki harta alih dan tak alih dan lain-lain kegiatan ekonomi. Semua wang dan keuntungan yang didapati oleh Pertubuhan ini akan digunakan semata-mata untuk melanjutkan, memajukan dan menjalankan tujuan Pertubuhan dan tiada sebahagian pun daripada wang atau keuntungan tersebut boleh digunakan untuk membayar faedah, keuntungan atau bonus kepada mana-mana ahlinya. Sungguhpun begitu peruntukan ini tidak menghalang sebarang pembayaran yang di buat dengan tujuan baik seperti untuk membayar gaji atau perbelanjaan atau kedua-duanya kepada sebarang ahli atau pekerja Pertubuhan ini.

Next
Never submit passwords through Google Forms.
This content is neither created nor endorsed by Google. Report Abuse - Terms of Service - Additional Terms