JEMPUTAN UNTUK MENGEMUKAKAN PANDANGAN SERTA CADANGAN TERHADAP BELANJAWAN 2020 MDKS
MDKS kini dalam proses merangka belanjawan MDKS untuk tahun 2020. Pandangan serta input dari anda sebagai penduduk Kuala Selangor adalah amat penting untuk kami bagi memastikan belanjawan yang dirangka adalah komprehensif dan dapat memenuhi keperluan stakeholder MDKS.

MDKS telah menyediakan satu infografik berkenaan Belanjawan Tahun 2019 untuk membantu anda memahami dengan lebih lanjut tentang belanjawan MDKS dan bagaimana hasil yang diperolehi digunakan.

Anda diminta memberi pandangan di tiga (3) bahagian perbelanjaan berikut :
1) INFRASTRUKTUR & KEMUDAHAN AWAM
2) PERKHIDMATAN
3) SOSIAL & KEMASYARAKATAN

MDKS berharap dengan keterlibatan masyarakat Kuala Selangor di dalam perancangan belanjawan MDKS 2020 ini, satu belanjawan yang mampan, komprehensif dan memenuhi kehendak stakeholder MDKS dapat dihasilkan.

Proses maklumbalas serta cadangan dari penduduk ini akan berlangsung bermula 23 Ogos 2019 hingga 10 September 2019.
Next
Never submit passwords through Google Forms.
This form was created inside of Majlis Daerah Kuala Selangor. Report Abuse - Terms of Service