Borang Janji Temu Urusan Perkhidmatan Kaunter Jualan Dokumen Sebut Harga : Majlis Perbandaran Sungai Petani, Kedah Darul Aman
Berikutan Pandemik COVID-19 dan Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa Kedua, norma baharu bagi mengurangkan kesesakan dan risiko jangkitan COVID-19, Majlis Perbandaran Sungai Petani, Kedah Darul Aman (MPSPK) memperkenalkan sistem janji temu berjadual (e-appointment). Semua penyebutharga yang ingin mendapatkan dokumen sebut harga di Majlis Perbandaran Sungai Petani, Kedah Darul Aman (MPSPK) perlu MENDAPATKAN JANJI TEMU sebelum ke Kaunter Penjualan Dokumen Sebut Harga. Sila pastikan anda hadir ke Kaunter Penjualan Dokumen Sebut Harga pada tarikh dan masa janji temu yang ditetapkan. Kegagalan mematuhi janji temu akan mengakibatkan anda berisiko menunggu lama atau diberikan janji temu pada hari yang lain.
PERINGATAN :
1. Penyebutharga perlu membuat permohonan janji temu sekurang-kurangnya satu (1) hari sebelum tarikh janji temu.
2. Sila pastikan anda hadir ke Kaunter Penjualan Dokumen Sebut Harga sepuluh (10) minit lebih awal sebelum masa janji temu yang ditetapkan.
3. Sila bawa bukti pendaftaran janji temu bagi urusan pengesahan kehadiran di kaunter pengawal.
4. Pihak MPSPK berhak untuk membuat perubahan tarikh dan masa janji temu mengikut keperluan dari semasa ke semasa.