Salam Sejahtera,
Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak ingin menjemput anda untuk mengambil bahagian dalam survei mengenai aspirasi dan pengalaman anda untuk memiliki rumah.
Ini akan membantu kami memahami keperluan dan cabaran yang anda hadapi untuk memiliki rumah. Maklumat yang dikongsikan akan dipertimbangkan untuk menambahbaik strategi dalam memudahkan pembelian rumah dalam kalangan isi rumah B40 dan M40.
Survei ini akan mengambil masa kurang dari 10 minit. Semua jawapan adalah SULIT.
Sekian, terima kasih.