BORANG MAKLUMBALAS DAN CADANGAN AWAL RANCANGAN KAWASAN KHAS PEMBAHARUAN SEMULA PUSAT BANDAR TANGKAK, JOHOR DARUL TA'ZIM
Borang maklumbalas ini disediakan bertujuan untuk mendapatkan pandangan dan cadangan awal bagi memulakan kajian RANCANGAN KAWASAN KHAS PEMBAHARUAN SEMULA PUSAT BANDAR TANGKAK, JOHOR DARUL TA'ZIM. Tujuan utama kajian adalah untuk menyediakan suatu Rancangan Pemajuan yang komprehensif merangkumi perancangan fizikal dan spatial bagi tujuan mengatasi isu dan masalah yang dihadapi oleh penduduk, peniaga dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu Majlis Daerah Tangkak. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk menjadikan Pusat Bandar Tangkak yang lebih vibran dan mampan serta mengembalikan kegemilangan Bandar Tangkak.

RKK adalah satu Pelan Tindakan Pembangunan atau Pelan Pengurusan atau kedua-duanya sekali yang disediakan dalam bentuk Pelan Susunatur yang disokong dengan spesifikasi Pembangunan Terperinci dan Jadual Tindakan Pembangunan. RKK juga perlu mengandungi Cadangan Program Pembangunan yang meliputi Fasa, Kos, Agensi Pelaksana serta Pendekatan Pelaksanaan.
Next
Never submit passwords through Google Forms.
This content is neither created nor endorsed by Google. Report Abuse - Terms of Service - Privacy Policy