Petisyen Rakyat
1. KAMI dengan ini telah mengemukakan Petisyen ini secara bersesama dan berkumpulan, berasaskan satu Memorandum : Kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Mohammad Najib Tun Abdul Razak, Skandal Penyelesaian Tuntutan Arbitrasi IPIC-1MDB, Menuntut Penjelasan Awam Oleh YAB Perdana Menteri, pada 4 Mei 2017, yang diserahkan oleh saudara Muhammad Faiz Bin Fadzil, seorang warganegara dan rakyat Malaysia yang juga merupakan Timbalan Ketua Pemuda Parti Amanah Negara.

2. KAMI dengan ini mengakui bahawa kami dengan sukarela dan suci hati bersetuju untuk menjadi salah seorang plaintif dan/atau pihak penuntut berhubung mana – mana bentuk tindakan yang akan dibawa di Mahkamah kelak, berikutan dengan skandal ini terhadap kesemua pihak yang terbabit dan/atau mana-mana pihak yang perlu di sisi undang-undang berkaitan dengan skandal tersebut.

3. KAMI juga bersetuju sebulat suara dengan pelantikan saudara Muhammad Faiz Bin Fadzil, seorang pengamal undang-undang sebagai wakil kami selaku ketua yang mengepalai di dalam tindakan ini. Kami menyerahkan sepenuh kepercayaan kepada beliau dalam mengurus, menyusun langkah dan melaksanakan tindakan ini bersama peguam-peguam lantikan beliau dari masa ke semasa di dalam tuntutan ini.

4. KAMI juga mengisytiharkan bahawa segala sumbangan dan derma ikhlas kami adalah dilakukan secara sukarela, suci hati serta tanpa sebarang paksaan dan tekanan dari mana-mana pihak dengan tujuan sumbangan tersebut bagi menampung sebarang kos bagi tindakan ini dan yang bersangkutan dengannya. Kami bersetuju sepenuh kepercayaan untuk membuat sumbangan atau bayaran kepada mana-mana pihak atau mana-mana akaun bank yang dikemukakan oleh pihak yang menjalankan tindakan ini, yang mana akaun tersebut akan dimaklumkan nanti.

5. KAMI dengan ini bersetuju bagi tujuan memperkukuhkan kesungguhan kami di dalam tuntutan ini, Kami bersedia untuk menandatangani Surat Akuan Bersumpah bagi memperkemaskan perjalanan tindakan ini nanti.

6. KAMI yang mempetisyen di atas adalah seperti senarai berikut :-

Nama (Seperti di dalam Kad Pengenalan):
Your answer
No. Kad Pengenalan:
Your answer
No. Telefon:
Your answer
Email:
Your answer
Alamat (Seperti di dalam Kad Pengenalan):
Your answer
Submit
Never submit passwords through Google Forms.
This content is neither created nor endorsed by Google. Report Abuse - Terms of Service - Additional Terms