Sila tandatangan petisyen ini: Ibu bapa tunggal perlukan rumah juga.
Kami, yang bertandatangan, adalah ibu bapa tunggal, anak-anak kepada ibu bapa tunggal, dan orang-orang yang menyokong ibu bapa tunggal. Kami menggesa agar Pemerintah Singapura memperbaharui dasar-dasar perumahan untuk memberikan keluarga ibu bapa tunggal akses yang lebih adil untuk perumahaan yang stabil dan berpatutan.


Pada saat ini, banyak dasar-dasar yang mendatangkan kesukaran buat ibu bapa seperti kami yang sudah bercerai, tidak bernikah, kematian pasangan, atau telah ditinggalkan pasangan. Kami memerlukan perumahan yang stabil dengan ruang di mana anak-anak kami dapat membesar. Undang-undang rumit yang memihak kepada pasangan suami isteri melambatkan kami untuk mendapat rumah. Masalah ini telah menyebabkan kami selalu berpindah randah, kesesakan tempat tinggal, hubungan keluarga yang tegang, masalah kewangan, dan tekanan emosi.

Sistem pada masa kini melalui rayuan “kes demi kes” tidak semestinya memperbaiki keadaan. Kami menggesa Pemerintah untuk menggubal undang-undang dan membangunkan sistem yang lebih inklusif menerusi perubahan-perubahan seperti berikut:

- Tingkatkan had pendapatan untuk rumah sewa awam, dan tetapkannya menurut dasar per-kapita. Pada saat ini, keluarga yang menerima gaji melebihi $1500 tidak dibenarkan untuk memohon atau menyimpan rumah sewa yang sedia ada. Ini sangat tidak realistik terutama sekali bagi seorang ibu bapa yang mempunyai seorang atau lebih anak. Kami tidak sepatutnya harus memilih antara memiliki rumah atau pekerjaan yang lebih baik untuk memberikan anak-anak kami kehidupan yang lebih baik.

- Mengizinkan ibu bapa yang sudah bercerai yang mempunyai hak penjagaan anak yang penuh atau berkongsi untuk menyewa perumahan awam atau membeli perumahan bersubsidi dengan segera selepas menjual flat sepencarian mereka, yakni dengan ditiadakan kekangan 30 bulan untuk penyewaan dan 3 tahun untuk pembelian rumah. Ini di samping penantian lama yang kami alami untuk mendapatkan keputusan perceraian yang terakhir sebelum kami dapat mula beratur. Kami dan anak-anak kami memerlukan akses yang lebih cepat untuk mendapatkan rumah baru agar mempunyai kehidupan yang lebih stabil: bukan undang-undang yang melambatkan keadaan, serta mendatangkan ketidakstabilan dan tekanan kewangan.

- Mengizinkan ibu-ibu yang tidak menikah untuk membentuk nukleus keluarga dengan anak-anak mereka untuk memohon perumahan HDB. Pada saat ini, kami hanya boleh membeli di bawah Skim Singles pada umur 35 tahun. Kami hanya boleh membeli flat-flat bersubsidi yang lebih kecil dan di estet perumahan yang sukar diakses.

- Jadikan informasi kelayakan untuk perumahan lebih jelas dan mudah diakses. Kami mendapati bahawa informasi untuk pelbagai skim dan undang-undang – dan bagaimana untuk memenuhi syarat – di lelaman HDB sukar untuk difahami. Lelaman itu juga meninggalkan banyak soalan yang tidak terjawab. Para pegawai HDB seringkali tidak memberikan penjelasan tentang pilihan-pilihan secara proaktif. HDB juga seharusnya bersikap telus dengan cara pendekatan “kes demi kes” mereka.

- Ciptakan unit khas untuk meyelaraskan perkhidmatan untuk keluarga ibu bapa tunggal dan kurangkan pergantungan pada rayuan langsung untuk keputusan kes-demi-kes. Ia sangat mengelirukan dan mendatangkan tekanan emosi, serta tidak berkesan, apabila kami terpaksa pergi ke pelbagai saluran (seperti pekerja social dan Anggota Parlimen (AP), tanpa jaminan akan kejayaannya. Oleh kerana HDB adalah agensi yang bertanggungjawab atas perumahan awam, lebih banyak kes harus diselesaikan dengan sokongan dan perundingan langsung dari mereka, bukan melalui rujukan dari AP dan pekerja-pekerja sosial.

Nama dan nombor NRIC/FIN yang dikumpul akan dikirimkan kepada Perdana Menteri, Menteri Pembangunan Negara dan Menteri Sosial dan Pembangunan Keluarga dalam sebuah emel. AWARE (penganjur petisyen ini) meminta nombor NRIC/FIN untuk memastikan setiap tandatangan adalah daripada orang yang sebenar, bagi menguatkan keyakinan pemerintah pada petisyen ini.

Maklumat mengenai status perkahwinan anda atau ibu bapa anda adalah rahsia dan tidak akan dikirimkan. Ia hanya bertujuan untuk AWARE (penganjur petisyen ini) memahami demografi penandatangan petisyen. Segala maklumat yang telah dikumpulkan tidak akan disebarkan kepada umum.

Nama penuh
Your answer
Nombor NRIC/FIN (AWARE (penganjur petisyen ini) meminta nombor NRIC/FIN untuk memastikan setiap tandatangan adalah daripada orang yang sebenar, bagi menguatkan keyakinan pemerintah pada petisyen ini.)
Your answer
Adakah anda seorang ibu atau bapa tunggal, sekarang atau dulu (bercerai, tidak bernikah, kematian pasangan, ditinggalkan pasangan...)?
Adakah anda seorang anak kepada ibu atau bapa tunggal, sekarang atau dulu (bercerai, tidak bernikah, kematian pasangan, ditinggalkan pasangan...)?
Alamat e-mel
Your answer
Submit
Never submit passwords through Google Forms.
This form was created inside of Association of Women for Action & Research. Report Abuse - Terms of Service - Additional Terms