Borang Keanggotaan ASAS '50
Jenis-jenis Keanggotaan

1. Anggota Biasa:
Terbuka kepada seluruh sasterawan yang sungguh-sungguh telah mengadakan perubahan dalam sastera dan mereka yang bersimpati kepada cita-cita itu.

2. Anggota Kehormat:
Jawatankuasa Pengelola dibolehkan melantik pujangga-pujangga, pengarang-pengarang dan ahli-ahli bahasa yang sealiran dengan kemahuan pertubuhan ini (undang-undang no. 2) menjadi Anggota Kehormat dalam Asas ‘50

3. Anggota Seumur Hidup:
Anggota-Anggota Biasa boleh memohon menjadi Anggota Seumur Hidup.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

A. Syarat-syarat menjadi Anggota
Setiap orang yang ingin menjadi anggota hendaklah mengisi borang permintaan yang disediakan. Jawatankuasa Pengelola akan menimbangkan dan mengambil keputusan menerima pelamar sebagai anggota atau menolak permintaannya.

B. Tanggungjawab Anggota
Apabila seseorang itu telah diterima menjadi anggota, wajiblah ia patuh kepada setiap undang-undang Asas ’50.

C. Yuran
Tiap-tiap Anggota Biasa dikenakan yuran masuk sebanyak $5.00 dan yuran tahunan sebanyak $15.00. Anggota Biasa yang diterima menjadi Anggota Seumur Hidup hendaklah membayar yuran sekaligus sebanyak $150.00

Next
Never submit passwords through Google Forms.
This content is neither created nor endorsed by Google. Report Abuse - Terms of Service - Additional Terms