ADIL: Fiqh Muslim Warga Singapura (2)
Kewujudan Muslim di Singapura adalah satu realiti yang tidak terelak dan akan pasti
berterusan di masa akan datang.

Peningkatan kesedaran beragama di kalangan masyakarat Muslim ini menjadikan ramai
dari kalangan mereka yang meminta penjelasan akan pandangan Islam mengenai
keberadaan mereka di negara Singapura demi memastikan kehidupan mereka sentiasa
selari dengan prinsip Islam yang dipegangi.

Hal ini menjadi penting di sisi sebahagian lain pula, apabila mereka mengalami atau
merasa wujudnya hambatan-hambatan, samada yang bersifat benar atau andaian, yang
menghalang atau menyulitkan pengamalan beberapa perintah Islam di Singapura.
Hakikat ini lebih genting disebabkan keterbukaan dunia hari ini yang mendedahkan
Muslim Singapura dengan pelbagai pendapat dan wacana agama yang dirumus di luar
negara berdasarkan konteks yang amat berbeza dengan Singapura.

Sifat minoriti mereka tidak semestinya menjadikan mereka Muslim yang
rendah statusnya di sisi Tuhan berbanding mereka yang hidup di negara Islam.
Sebaliknya ia adalah peluang untuk meraih pahala yang besar dari Tuhan.
Modul ini juga akan membimbing para peserta untuk melihat kewujudan mereka
menjangkau kepentingan peribadi sebagai Muslim. Para peserta akan difahamkan bahawa
berusaha untuk menyumbang bagi kemakmuran umum masyarakat dan negara adalah
sesuatu yang digalakkan oleh agama selama mana ia terpandu oleh prinsip yang
digariskan.

Objektif:

1. Memahami status Singapura sebagai negara bukan Islam dalam hukum Islam.
2. Dapat menyatakan dengan baik dalil-dalil agama yang membenarkan sikap positif bagi
Muslim warga Singapura terhadap negara Singapura.
3. Mempunyai sikap positif dalam Muslim terhadap Singapura sebagai negara yang
dihuni kerana maslahat Islam.
4. Mempunyai semangat yang positif untuk menyumbang kepada kemakmuran
Singapura sejajar dengan prinsip-prinsip Islam.

Kandungan:

1. Pengenalan pada konsep Dar Al-Islam dan Dar Al-Harb dan penilaian semula terhadap
aplikasinya di masa kini.
2. Adakah jihad bermaksud memerangi semua negara bukan Islam.
3. Fatwa dan Perisytiharan Mardin.
4. Hijrah.
5. Hidup di negara bukan Islam
- kerakyatan (citizenship)
- pendirian mengenai sekularisme dan demokrasi
- berkhidmat dengan negara bukan Islam.

PENDAFTARAN boleh dibuat melalui pautan ini: https://goo.gl/w1hGKL
Atau di kaunter pejabat Masjid Al-Ansar!

Sabtu 27 October 2018 | 9.30 pagi - 1.30 tengah hari
Masjid Al-Ansar (155 Bedok North Avenue 1 Singapura 469751)
Murabbi (pengajar): Ust Ahmad Helmi
PERCUMA! (termasuk nota bahan bacaan)

Nama Penuh *
Your answer
Tarikh Lahir *
MM
/
DD
/
YYYY
Umur *
Alamat Rumah *
Your answer
Postal Code *
Your answer
Kelompok (cluster) tempat tinggal
Telifon Rumah
Your answer
Telifon Bimbit
Your answer
Bangsa *
Pekerjaan *
Kelulusan Akademik *
Tahap Ilmu Agama *
Submit
Never submit passwords through Google Forms.
This form was created inside of Alansar.mosque.sg. Report Abuse - Terms of Service - Additional Terms