Tuntut semula negara kita: Rakyat dahulu, demokrasi sekarang! [English version below]
Ketika kita menuju ke pilihan raya umum, ramai di antara kita yang merasa kecewa dengan keadaan negara kini. Kita menyampah dengan rasuah, ketidakcekapan serta pentadbiran yang pincang.

Namun ini bukan masanya untuk tidak peduli. Bahkan, inilah waktunya untuk berjuang demi negara.

Pilihan raya umum ini penting: ia akan membuka peluang bagi rakyat biasa untuk mendesak apa yang penting untuk negara serta apa yang diperlukan untuk perubahan berlaku pada saatnya kita bangkit dari pandemik Covid.

Namun, kita tidak boleh berharap hanya kepada barisan ahli politik yang sedia ada untuk membawa perubahan.

Badan sivil juga berganding bahu sebagai sebahagian dari usaha untuk menuntut agenda rakyat bagi pilihan raya umum. Inilah ruang bagi reformasi dan perubahan dalam negara.

Rakyat Malaysia pernah berganding bahu dahulu dan, setelah mengatasi segala cabaran, berjaya mencapai apa yang disangka tidak mungkin pada tahun 2018. Ya, ia tidak berkekalan, namun ia menunjukkan rakyatlah pemacu sebenar perubahan. Kita pernah melakukannya dahulu, kita boleh melakukannya sekali lagi.

Jika rakyat Malaysia berfikir seiring dengan isu penting yang ada pada hari ini, berbanding dengan pemikiran sempit perkauman dan keagamaan, kita pastinya dapat bersama untuk mendesak sebuah kerajaan yang lebih bertanggungjawab serta adil bagi menuntut semula negara kita!

Kami menggariskan lima perkara ini sebagai tunjang agenda rakyat:
 
1) Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat

- Bangunkan sebuah ekonomi mesra rakyat yang membuka peluang pekerjaan serta bermaruah kepada semua
- Pastikan sistem kesihatan awam yang mencukupi serta perumahan mampu milik, sistem pendidikan yang berkualiti kepada semua, keselamatan sumber makanan, upah hidup (living wage) dan pendapatan asas sejagat (universal basic income) serta jaringan keselamatan sosial kepada golongan yang terjejas
- Lindungi hak pekerja, termasuk para pekerja kontrak dan gig, sama ada di dalam ekonomi formal atau tidak, serta pastikan jaminan kerja (employment security)

2) Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar

- Pastikan pembangunan yang lestari serta menggalakkan keadilan ekonomi
- Galakkan penggunaan tenaga boleh diperbaharui dan mobiliti lestari, serta lindungi alam sekitar, terutamanya hutan, gunung dan tempat tadahan air
- Batalkan projek mega yang tidak lestari, hentikan pembangunan tidak mampan, bina kemampuan untuk kebingkasan iklim dalam berdepan banjir, kekurangan air serta peningkatan paras laut

3) Raikan kerencaman dan keterangkuman

- Perakui, hormati serta masukkan kerencaman agama, etnik dan gender di dalam perancangan, pembangunan serta pembuatan dasar
- Hentikan segala bentuk diskriminasi berasaskan gender, kewarganegaraan, etnik, agama, umur, keupayaan serta lokasi
- Lindungi hak semua Orang Asal terhadap tanah dan kehidupan mereka

4) Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang

- Pastikan semua perundangan melindungi hak asasi manusia, proses sewajarnya (due process) serta kebebasan asas
- Baik pulihkan institusi pentadbiran yang penting bagi memastikan kawal imbang

5) Lawan rasuah dan kronisme

- Pastikan tiada tolak ansur terhadap rasuah dan kronisme di semua peringkat
- Baik pulihkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk menjadi bebas, serta letakkannya di bawah pemantauan parlimen

Kami menyeru semua rakyat Malaysia untuk mengundi calon dan parti yang menunjukkan komitmen kepada lima perkara ini.

Kami menyeru agar semua parti politik dan calonnya untuk meletakkan rakyat dan negara dahulu. Mereka perlu bekerja bersama di dalam sebuah gabungan berdasarkan lima perkara ini serta mengelakkan pertembungan kerusi pelbagai penjuru.

Ayuh, selamatkan masa hadapan kita!

Anjuran:

Aliran Kesedaran Negara (Aliran)
Pacos Trust, Sabah
Pergerakan Tenaga Akademik Malaysia (Gerak)
Save Rivers, Sarawak
Suara Rakyat Malaysia (Suaram)
Undi18

 —----------------------------
English version

Reclaim our nation: People first, democracy now!

As we move towards the general election, many of us may be feeling disheartened at the state of the nation. We are fed up with corruption, incompetency and poor leadership.  

But now is not the time to disengage. More than ever, it is time to fight for the country’s survival.

This general election is important: it will be a chance for ordinary people to push for what is important for the country and what needs to change as we emerge from the Covid pandemic.

But we can’t leave it all to the present crop of politicians to bring about change. Public interest and civil society groups are coming together as part of an initiative to set a people’s agenda for the general election. This will be a platform for reform and change in the country.

Malaysians have come together before and, against all odds, achieved the impossible in 2018. Yes, it did not last, but it showed that the people can spark change. We did it once before, we can do it again.

If Malaysians think along the lines of the critical issues of the day, rather than along religious and racial lines, we could rally together to push for a more accountable and just government and reclaim the nation!

We outline five key points of this people’s agenda:

1) Uphold the dignity and quality of life of the people

- Develop a people-friendly economy that creates jobs and dignity for all
- Ensure adequate public healthcare and affordable housing, accessible quality education, food security, a living wage and universal basic income, and a social security net for the vulnerable
- Protect the rights of all workers, including gig and contract workers, whether in the formal or informal economy, and ensure employment security

2) Promote equitable, sustainable development and address the climate crisis

- Ensure that development is sustainable and promotes economic justice
- Promote renewable energy and sustainable mobility, and protect the environment, especially our forests, hills and water catchment areas
- Cancel unsustainable mega-projects, stop overdevelopment, and build climate resilience against floods, water shortages and rising sea levels

3) Celebrate diversity and inclusivity

- Acknowledge, respect and include gender, ethnic and religious diversity in planning, development and policymaking
- Stop all forms of discrimination on the grounds of gender, nationality, ethnicity, religion, age, ability and location
- Protect the rights of all indigenous communities to their land and livelihoods

4) Save democracy and uphold the rule of law

- Ensure that all legislation protects human rights, due process and basic freedoms
- Reform key institutions of governance to ensure checks and balances

5) Fight corruption and cronyism

- Ensure zero tolerance for corruption and cronyism at all levels
- Reform the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC), make it truly independent, and place it under parliamentary oversight

We call on all Malaysians to vote for candidates and parties who have shown commitment to these five points.

We call on all political parties and candidates to put the people and the nation first. They should work together in an electoral pact based on these five points and avoid multi-cornered fights.

Let’s save our future!

Main sponsors:

Aliran Kesedaran Negara (Aliran)
Pacos Trust, Sabah
Pergerakan Tenaga Akademik Malaysia (Gerak)
Save Rivers, Sarawak
Suara Rakyat Malaysia (Suaram)
Undi18

Sign in to Google to save your progress. Learn more
Email *
Name of endorsing NGO *
Name of NGO representative authorised to endorse *
Designation of NGO representative *
Telephone *
Submit
Clear form
Never submit passwords through Google Forms.
This content is neither created nor endorsed by Google. Report Abuse - Terms of Service - Privacy Policy