Peraduan ini bertujuan untuk mendorong peminjam berkongsi pengalaman mereka sebagai peminjam PTPTN serta menerapkan nilai-nilai murni dan memberi inspirasi keapda orang lain melalui penghasilan video yang kreatif dan menarik di media sosial.
Tempoh Peraduan: 1 - 30 November 2024
Cara Penyertaan:
- Peserta hendaklah menghasilkan video yang kreatif dan menarik sama ada dalam Bahasa Melayu (termasuk dialek/ loghat tempatan yang mudah difahami) atau Bahasa Inggeris mengenai pengalaman sebagai peminjam PTPTN dan menerapkan nilai-nilai murni.
- Durasi video tidak melebihi 3 minit.
- Peserta perlu muat naik video ke akaun Facebook/ Instagram/ TikTok berserta hashtag #KongsiKisahAnda dan #CeritaPTPTN serta perlu memastikan profil akaun media sosial ditetapkan kepada mod Public.
- Peserta perlu tag akaun rasmi media sosial PTPTN, @PTPTNOfficial.
- Video perlu dimuat naik sebelum atau selewat-lewatnya 30 November 2024.
- Peserta perlu mengisi borang penyertaan melalui Google Form ini selewat-lewatnya 30 November 2024.
- Setiap penghantaran melalui borang ini adalah terhad kepada satu penyertaan sahaja. Sekiranya peserta ingin menghantar lebih dari satu penyertaan, peserta perlu mengisi semula borang ini.
Jom hantar penyertaan anda sekarang!