PENYERTAAN ADALAH PERCUMA !!
OBJEKTIF PERTANDINGAN:
Memupuk kesedaran semua lapisan masyarakat dalam usaha untuk mencantikkan persekitaran kediaman serta menjaga kebersihan kawasan kejiranan mereka.
SYARAT PENYERTAAN:
1. Pertandingan ini terbuka kepada semua individu penduduk dan masyarakat di kawasan pentadbiran Majlis Daerah Rembau.
2. Tarikh tutup penyertaan adalah 15 Disember 2025 Jam 3.00 ptg (Penyertaan selepas tarikh berkenaan tidak akan di terima).
3. Penyertaan akan dinilai oleh panel juri yang dilantik. Keputusan panel juri adalah MUKTAMAD dan sebarang bantahan tidak akan dilayan.
HADIAH :
PERTAMA RM1000 dan sijil
KEDUA RM 700 dan sijil
KETIGA RM 500 dan sijil
*Setiap peserta akan menerima sijil penyertaan
PENILAIAN DAN PENJURIAN
Penilaian akan dilaksanakan oleh panel juri yang dilantik pada bila-bila masa dalam minggu pertama dan kedua bulan Januari 2026. Peserta hendaklah sentiasa bersedia untuk dinilai.
SISTEM PEMARKAHAN ADALAH SEPERTI BERIKUT :
a. Rekabentuk, keunikan dan kreativiti : 50%
b. Penyelenggaraan : 20%
c. Keceriaan dan Kebersihan : 30%
Jumlah Markah : 100%
ASPEK YANG DINILAI ADALAH SEPERTI BERIKUT :
a. Rekabentuk
Dinilai dari aspek susunan landskap/ pemilihan landskap lembut dan landskap kejur serta kreativiti secara menyeluruh.
*Nilai Tambahan : Dinilai dari aspek memelihara, mengekalkan, memulihara kesepaduan elemen dengan alam sekitar melalui penggunaan barangan kitar semula amat digalakkan sebagai nilai tambahan.
b. Penyelenggaraan
Kesuburan, perawatan, kekemasan dan penyelenggaraan landskap.
c. Keceriaan dan Kebersihan
Aspek kebersihan persekitaran landskap secara menyeluruh untuk menghasilkan kekemasan dan kelihatan lebih ceria dalam penghasilan sentuhan harmoni, menyenangkan serta memberi inspirasi kepada penonton.
*Nilai Tambahan : Pewujudan konsep Edible Garden/Taman Herba turut menjadi nilai tambahan pemarkahan dalam konsep landskap yang ditonjolkan.
Sebarang pertanyaan sila berhubung dengan Bahagian Landskap MDR Pn. Norizzatie di talian 019 3584472