PERTANDINGAN PESTA BERBALAS PANTUN DALAM TALIAN PPANPS
PERTANDINGAN PESTA BERBALAS PANTUN DALAM TALIAN
KATEGORI TERBUKA
ANJURAN : PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI PERLIS

...................................................
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
...................................................

1. Pertandingan ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira umur.

2. PPANPs menyediakan/’menjual’ 4 pantun. Para peserta hanya perlu memilih untuk MENJAWAB/’MEMBELI’ hanya SATU (1) pantun tersebut. Untuk menjawab atau ‘membeli’, pantun yang dibenarkan adalah jenis pantun EMPAT BARIS yang mempunyai 2 baris pembayang dan 2 baris maksud.

Berikut adalah pantun yang ‘dijual’ oleh PPANPs.

PANTUN 1 - BUDAYA MEMBACA

Mengayuh beca membawa tetamu,
Ramah disapa gadis melayu;
Amalan membaca jambatan ilmu,
Tetapi mengapa kian layu?

PANTUN 2 - COVID-19

Bakar lemang pulut sekaya,
Roti jala menjamu Puan;
Covid memang pandemik berbahaya,
Bagaimana pula pandangan tuan?

PANTUN 3 - BUDI BAHASA

Indahnya malam di pinggir desa,
Suasana indah diterangi bulan;
Memberi salam berbudi bahasa,
Mengapa diendah sebagai amalan?

PANTUN 4 : KEISTIMEWAAN PERLIS

Kak puan seorang anaknya,
Seorang anaknya si gadis gelis;
Jika tuan tahu jawapannya,
Apa istimewanya negeri Perlis?


3. Para peserta perlu menjawab dalam bentuk video. Video perlu menunjukkan pergerakkan peserta terutamanya wajah. Peserta perlu memperkenalkan diri secara ringkas seperti nama dan asal dan memaklumkan salah satu pantun mana yang hendak dibeli. (Rujuk syarat No. 2)

4. Durasi masa adalah bebas dan TIDAK MELEBIHI 1 minit. Video dan pantun adalah karya asal dan tidak pernah sertai mana-mana pertandingan. Pihak penganjur berhak membatalkan penyertaan atau menarik balik hadiah sekiranya tidak memenuhi dan melanggar perkara-perkara yang dinyatakan tersebut.


5. Penganjur berhak sepenuhnya untuk untuk menerbitkan, mengeluarkan, memapar, mengedar, menyunting dan menayangkan mana-mana karya peserta dan pemenang pada mana-mana laman web, pameran, portal, media sosial atau blog atas tujuan promosi oleh pihak penganjur.

6. Peserta boleh hantar lebih daripada satu penyertaan, tetapi hanya satu penyertaan sahaja akan dipilih sebagai pemenang sekiranya berjaya.

7. PEMARKAHAN

Pemarkahan dikira melalui kriteria berikut:

I) KATEGORI PANTUN TERBAIK

Ketepatan pantun, tema dan isi pantun
Pantun a,b,a,b
Lain-lain

II) KATEGORI VIDEO PANTUN TERBAIK (KANAK-KANAK, BELIA & DEWASA)

Nada dan inotasi yang bersesuaian
Ekspresi dan mimik muka yang bersesuaian
Gerak tubuh yang bersesuaian
Kreativiti penghasilan video
Lain-lain

8. HADIAH YANG DITAWARKAN :

Hadiah ditawarkan mengikut kategori :

I) PANTUN TERBAIK
Wang tunai RM50.00 X 45 Pantun

II) VIDEO PANTUN TERBAIK
Wang tunai RM100.00 X 9 Video Pantun Terbaik  (kanak-kanak, belia dan dewasa)

E-sijil disediakan untuk setiap penyertaan.


9)  CARA PENGHANTARAN

Sila hantarkan video pantun anda seperti berikut :

I) TELEGRAM

Hantarkan video pantun anda di TELEGRAM di 0174696110 (Pn. Zairina Hashim) dan isikan butiran anda serta pantun di BUTIRAN PENYERTAAN DI BAWAH.


II) YOUTUBE

Muat naik video pantun anda di YOUTUBE. Sila isi butiran, pantun serta copylink youtube video pantun anda DI BUTIRAN PENYERTAAN DI BAWAH.

III) TIKTOK
Muat naik video pantun anda di TIKTOK. Letakkan tanda pagar #pertandinganpestaberbalaspantundalamtalianPPANPS.  Sila isi butiran, pantun serta copylink TIKTOK video pantun anda  DI BUTIRAN PENYERTAAN DI BAWAH.
 
Cara-cara copylink Video TIKTOK.

1) Buka aplikasi TIKTOK
2) Klik “Profile”
3) Pilih Video penyertaan
4) Tekan tombol “Titik Tiga” pada video
5) Pilih Share to : Other
6) Klik “Copy to clipboard”
7) Paste di google form


10) Setiap hasil penyertaan  mestilah asli, hak milik sendiri, terkini dan tuln serta tidak pernah diterbitkan di dalam mana-mana bahan bercetak mahupun elektronik atau dihantar dalam mana-mana pertandingan sebelum ini. Pihak penganjur berhak membatalkan penyertaan atau menarik balik hadiah sekiranya tidak memenuhi dan melanggar perkara-perkara yang dinyatakan tersebut.

11) Setiap penyertaan yang dikemukakan akan menjadi hak milik penganjur.

12) Penganjur berhak sepenuhnya untuk untuk menerbitkan, mengeluarkan, memapar, mengedar, menyunting dan menayangkan mana-mana karya peserta dan pemenang pada mana-mana laman web, pameran, portal, media social atau blog atas tujuan promosi oleh pihak penganjur.

13) Nama pemenang akan dihubungi oleh urus setia dan akan diumumkan di facebook Perpustakaan Awam Negeri Perlis dan facebook Perpustakaan Kanak-Kanak & Perpustakaan Samsung Perlis SELEWATNYA 31 JANUARI 2021.

14) Pihak penganjur berhak meminda apa jua peraturan atau syarat yang difikirkan perlu dari semasa ke semasa.


15) Keputusan panel hakim adalah muktamad.


16) TARIKH TUTUP PERTANDINGAN

Tarikh tutup pertandingan SEBELUM atau PADA 31 Disember 2021.


SEBARANG PERTANYAAN :
Pn. Zairina Hashim
Perpustakaan Awam Negeri Perlis
Jalan Penjara, 01000 Kangar
Perlis
04-9764436 (Pejabat)
0174696110 (H/P)

Sign in to Google to save your progress. Learn more
Email *
BAHAGIAN A : BUTIRAN PERIBADI
Sila isi butiran peribadi semasa penghantaran video pantun anda
1. NAMA *
Sila tulis HURUF BESAR untuk dimasukkan ke dalam sijil.
2. No. Kad Pengenalan *
  Sila tulis nombor sahaja tanpa perlu sengkang dan lain-lain. contoh : 800807095412 -
3. Jantina *
4.  Umur *
Nombor sahaja. Tanpa perlu tulis perkataan.
5. Keturunan *
6. Warganegara *
7.  No. telefon *
 Sila tulis nombor sahaja tanpa perlu sengkang dan lain-lain. Contoh : 0174696587
8.  No. telefon (Lain-Lain)
Nombor telefon ke-2 sekiranya no. telefon pertama tidak boleh dihubungi untuk urusan pemenang.  Sila tulis nombor sahaja tanpa perlu sengkang dan lain-lain. Contoh : 0174696587
9. NEGERI : *
10. Status *
11. Nama Tabika / Sekolah /  IPT / tempat bekerja (sekiranya ada)
SILA KLIK NEXT : PENGHANTARAN PAUTAN VIDEO PANTUN
Next
Clear form
Never submit passwords through Google Forms.
This content is neither created nor endorsed by Google. Report Abuse - Terms of Service - Privacy Policy