Program Pasca Peperiksaan 
Untuk Sekolah Rendah & Menengah, 16 Oktober - 15 November 2024
Sign in to Google to save your progress. Learn more

Menerusi Bengkel Teater Bangsawan, pelajar-pelajar akan didedahkan kepada unsur-unsur berkaitan dengan seni teater Bangsawan yang pada ketika dahulu pernah menjadi seni yang berkembang pesat di Nusantara ini. Pelajar-pelajar akan didedahkan kepada teras-teras Bangsawan seperti Bahasa, Adab, Nada, Lenggok, Gerak dan Deria.

Bengkel Drama & Pertuturan Melayu meningkatkan kemahiran berkomunikasi dan ekspresi diri melalui aktiviti-aktiviti berteraskan kaedah pendramatisan. Pelajar-pelajar akan mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti drama seperti Penerekoan Jasmani, Improvisasi, Main Peran dan Penelitian Skrip. 

Bengkel Bercerita memberi ruang untuk pelajar-pelajar meneroka kreativiti melalui seni bercerita. Pelajar-pelajar akan diperkenalkan kepada tokoh-tokoh seperti Awang Batil dan Nek Selampit. Selain daripada itu, pelajar-pelajar juga akan dibekalkan dengan beberapa teknik penceritaan untuk membantu mereka dalam proses bercerita.  

Bengkel Rentas Cipta memberi peluang bagi pelajar-pelajar untuk didedahkan kepada Kesusasteraan Melayu dengan kaedah yang menarik. Melalui bengkel Rentas Cipta, pelajar-pelajar akan cuba melakukan transformasi teks kepada genre-genre seni lain seperti drama, lukisan, tarian dan lain-lain lagi.

Bengkel Pengenalan Sastera mendedahkan pelajar-pelajar kepada teks yang terdapat dalam budaya Melayu. Pelajar-pelajar akan meneroka sejarah, puisi moden dan tradisional, serta aspek kesusasteraan lain dalam masyarakat Melayu. Melalui bengkel ini, pelajar-pelajar akan berinteraksi dengan Sastera Melayu menerusi kaedah pendramatisan yang menarik. 

Next
Clear form
Never submit passwords through Google Forms.
This content is neither created nor endorsed by Google. - Terms of Service - Privacy Policy

Does this form look suspicious? Report