Selaras dengan mandat untuk membangunkan usahawan pengeksport di kalangan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) Negeri Perak, sukacita dimaklumkan bahawa Hari Eksport Perak 2026 bakal dianjurkan seperti ketetapan berikut:
Tarikh: 14 Oktober 2026 (Rabu)
Masa: 8.30 pagi – 5.30 petang
Lokasi: Kinta Riverfront Hotel, Ipoh, Perak
Penyertaan Percuma!
Sila lengkapkan borang pendaftaran di bawah untuk mengesahkan penyertaan anda.
Syarat & Terma Penyertaan:
- Terbuka khusus kepada syarikat berdaftar di Negeri Perak sahaja. Had penyertaan maksimum ialah 2 orang bagi setiap syarikat. Sila buat pendaftaran yang berlainan bagi setiap peserta.
- Tarikh tutup pendaftaran ialah pada 8 Oktober 2026 (Khamis).
- Peserta bersetuju membenarkan maklumat pendaftaran dikongsi bersama rakan strategik program.
- Penganjur berhak menolak pendaftaran yang tidak memenuhi syarat di atas.
Galakan Buat Peserta Bukan Ahli MATRADE:
Bagi memaksimumkan faedah program, peserta yang belum mendaftar sebagai ahli MATRADE digalakkan untuk mengambil langkah berikut:
Daftar Keahlian MATRADE: Klik di sini untuk pendaftaran keahlian.
Lengkapkan Penilaian ERAT: Selepas menerima emel pengesahan keahlian, sila lengkapkan penilaian Export Readiness Assessment Tool (ERAT) di Sistem ERAT MATRADE.
Bawa Sampel / Risalah Produk: Bawa sampel atau risalah perkhidmatan anda semasa program untuk sesi khidmat nasihat eksport yang lebih berimpak.
Mohon kerjasama pihak Tuan/Puan untuk menyebarkan maklumat ini kepada rakan usahawan Perak yang berpotensi. Sokongan anda amat dihargai dalam melahirkan lebih ramai pengeksport dari Negeri Perak.
Salam Hormat,
Penganjur Hari Eksport Perak 2026
Hubungi Kami:
- Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP): E: sekretariatusahawanperak@gmail.com / 05-545 8525
- MATRADE: E: hazlinda@matrade.gov.my / 03-6207 7445
E: m.naim@matrade.gov.my / 03-6207 7444