Masjid Hussain menawarkan khidmat tempahan juru nikah berdaftar dan penganjuran upacara akad nikah di masjid kami. Pasangan yang berminat dijemput untuk mengisi borang ini dengan memilih ketetapan majlis anda.
BAYARAN URUSAN PERNIKAHAN MASJID HUSSAIN
- Pejabat Agama (Urusan Kad & Sijil): RM60
- Khidmat jurunikah berdaftar: RM120
- Saksi (2 orang x RM40/orang): RM80
- Tabung Qaryah: RM140
JUMLAH: RM400.00
Nota: Mahar/Mas Kahwin: RM200 bagi anak dara dan RM100 bagi janda.
Pihak Masjid Hussain akan menghubungi anda dalam masa terdekat selepas permohonan ini dihantar. Anda digalakkan untuk menghubungi Masjid Hussain terlebih dahulu di 06-633 9963 atau inquiry@masjidhussain.com.my bagi memeriksa kekosongan slot. Semua permohonan perlu dilakukan dengan cara menghantar borang ini.
Anda juga boleh memilih untuk mendapatkan khidmat jurunikah berdaftar bagi melangsungkan upacara akad nikah di masjid atau di lokasi sendiri (seperti rumah/dewan tetapi dalam qaryah Seremban 2 sahaja). Sila ambil maklum bahawa sekiranya terdapat dua majlis pada satu masa, majlis nikah di masjid akan didahulukan.
Dalam memproses permohonan ini, kami juga mengambil berat tentang privasi dan data peribadi anda. Klik di sini untuk membaca Notis Perlindungan Data Peribadi Masjid Hussain.
Mereka yang berminat untuk membuat tempahan boleh mengisi dan menghantar borang tempahan ini.
Terima kasih.