e-Mentor@FSK
e-Mentor@FSK adalah medium perantaraan di antara pensyarah dan pelajar.

Medium ini membantu menyelesaikan masalah pelajar yang menghadapi kesukaran dalam pengajian.

Pelajar akan menggunakan e-mentor ini sebagai medium untuk berkomunikasi dengan pensyarah bagi memaklumkan tahap pemahaman pelajar terhadap kursus yang dipelajari.

Data maklumat masalah pelajar akan dikumpulkan di dalam data bank maklumat dan satu analisis berkaitan masalah ini akan dibuat. Data yang telah siap dianalisis akan dinilai dan satu bengkel akan dibuat dengan menyediakan pakar bidang daripada kalangan pensyarah untuk memberi bimbingan kepada pelajar yang memerlukan.

Melalui e-Mentor@FSK ini, proses pembelajaran akan menjadi lebih efisien kerana pensyarah dapat menyelesaikan masalah dengan lebih cepat dan terfokus melalui maklumat yang diperolehi daripada data bank e-Mentor@FSK

Next
Never submit passwords through Google Forms.
This content is neither created nor endorsed by Google.