KAJI SELIDIK BERKAITAN PERSEPSI, TAHAP KESEDARAN DAN PENGETAHUAN ORANG AWAM TERHADAP KUALITI AIR MINUM DI MALAYSIA

Kaji selidik ini dijalankan oleh Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan tujuan untuk memahami persepsi, tahap kesedaran, dan pengetahuan orang awam terhadap kualiti air minum di Malaysia.

Kaji selidik ini mengandungi 4 bahagian utama:

Bahagian A : Demografik (11 soalan)

Bahagian B : Persepsi, Tahap Pengetahuan dan Kesedaran Orang Awam Mengenai Kualiti Air Minum (22 soalan)

Bahagian C : Program Pemantauan Kualiti Air Minum di Malaysia (5 soalan)

Bahagian D : Laporan Awam Mengenai Status Kualiti Air Minum (12 soalan)


*Air minum dalam kajian ini merujuk kepada air paip awam yang dibekalkan oleh syarikat pembekal air di setiap negeri (contohnya, Syarikat Air Selangor (AIS), Lembaga Air Perak (LAP), Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB), dan lain-lain).

Kumpulan sasar soal selidik ini adalah orang awam yang menerima bekalan air paip awam SAHAJA.

Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan, KKM amat menghargai dan mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih di atas kerjasama pihak tuan/puan meluangkan sedikit masa bagi melengkapkan borang soal selidik ini. 

Tarikh tutup kajian ini adalah pada 31 Oktober 2024.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan kaji selidik ini, tuan/puan boleh menghubungi :

Puan Suhaily binti Sahrani - 03-8892 4671

Puan Dalila Farhana binti Baharuddin - 03- 8892 4961

Encik Mohd Izuan bin Abu Samah - 03-8892 4860

Penafian: Semua maklumat yang diisi hanya digunakan untuk tujuan kajian oleh KKM sahaja. KKM tidak akan mendedahkan sebarang maklumat peribadi kepada umum dan semua maklumat dijamin sulit.

Sign in to Google to save your progress. Learn more
Next
Clear form
Never submit passwords through Google Forms.
This content is neither created nor endorsed by Google. Report Abuse - Terms of Service - Privacy Policy