KEAHLIAN RAKAN WANITA
Assalaamua'laikum

(Untuk diviralkan)

PROGRAM RAKAN WANITA MDN-YADIM

Di bawah struktur organisasi Dewan Wanita MDN-YADIM, terdapat beberapa Kumpulan Kerja yang dianggotai oleh mereka yang secara sukarela bersetuju untuk menabur bakti sebagai jentera perancang dan penggerak kepada rancangan aktiviti Dewan Wanita.

Selain daripada itu, terdapat juga satu kumpulan yang dinamakan Rakan Wanita yang terdiri daripada mereka yang samada, sedang bergiat di dalam bidang dakwah melalui NGO masing-masing ataupun secara individu. Walau apapun status mereka, kami berpendapat budaya sukarelawan haruslah diketengahkan dan digalakkan agar mereka dapat memanfaatkan usaha dan kepakaran mereka dengan cara menyumbang kembali kepada masyarakat.

Oleh itu, Dewan Wanita MDN telah bersetuju untuk membentuk satu program yang dinamakan Program Rakan Wanita untuk menggalakkan wanita menjadi sukarelawan serta pemacu perpaduan ummah. Rakan Wanita juga akan menjadi ejen-ejen perubahan ke arah kebaikan.

Dewan Wanita MDN ingin menjemput wanita-wanita yang berminat menyertai Program Rakan Wanita dengan mengisi borang ini.

Marilah kita bersama-sama menyertai Program Rakan Wanita dan menjadikan Rakan Wanita sebagai satu jenama perpaduan yang "hyper" dan "happening".

WANITA PEMACU PERPADUAN UMMAH

Bagaimana anda tahu mengenai program Rakan Wanita?
Next
Never submit passwords through Google Forms.
This content is neither created nor endorsed by Google. Report Abuse - Terms of Service