BORANG TEMUJANJI LEMBAGA PERUMAHAN NEGERI PULAU PINANG
Selaras dengan pengumuman Kerajaan pada 28 Jun 2021, mengenai Fasa Pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN), Agensi ini akan melanjutkan penangguhan semua operasi mulai 29 Jun 2021 sehingga satu tarikh yang akan diumumkan oleh Kerajaan. Sekiranya Tuan/Puan mempunyai urusan yang tidak dapat dielakkan dan perlu untuk hadir ke pejabat secara bersemuka, sila dapatkan tarikh temujanji Tuan/Puan dengan mengisi ‘Google Form’ ini
Terma dan Syarat Permohonan Sistem Janji Temu LPNPP

1. Tempahan melalui borang ini adalah berdasarkan yang cepat didahulukan (first come first serve). Slot yang disediakan adalah terhad bagi memastikan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang disarankan oleh Kerajaan dapat dipatuhi. Sekiranya tarikh dan slot masa yang dipilih telah penuh, Tuan/Puan akan dihubungi untuk mengatur semula jadual temujanji;

2. Permohonan janji temu boleh dibuat seawal tiga (3) hari dari tarikh janji temu dan sehingga 1 bulan dari tarikh semasa, tertakluk kepada kekosongan;

3. Pengguna hendaklah memilih Tarikh dan Slot masa mengikut waktu operasi / bekerja rasmi (rujuk portal rasmi LPNPP bagi maklumat Operasi Pejabat);

4. Pemohon perlu berada di LPNPP sekurang-kurangnya 15 minit sebelum waktu temu janji. Pihak LPNPP berhak untuk membatalkan janji temu sekiranya lewat;

5. Pemohon hendaklah memastikan semua dokumen yang diperlukan adalah lengkap untuk tujuan penghantaran semasa janji temu;

6. Sekiranya Tuan/Puan mempunyai simptom seperti demam dan batuk, Tuan/Puan tidak dibenarkan hadir berurusan dan perlu membuat tempahan janji temu semula;

7. Tuan/Puan adalah diingatkan bahawa permohonan janji temu di LPNPP adalah tertakluk kepada syarat-syarat dan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan arahan yang berkuatkuasa;

8. Perkhidmatan Borang Temujanji ini adalah percuma. Pihak LPNPP tidak pernah melantik ejen atau mana-mana individu sebagai orang tengah dalam sebarang urusan berkaitan pendaftaran termasuklah permohonan janji temu.
EMEL *
Saya telah membaca dan bersetuju dengan Terma dan Syarat yang telah dinyatakan. *
Required
Next
Never submit passwords through Google Forms.
This content is neither created nor endorsed by Google. Report Abuse - Terms of Service - Privacy Policy