Syarat-Syarat Pertandingan Video Pendek
  • Penyertaan adalah terbuka secara individu kepada seluruh warganegara Malaysia yang berumur 15 hingga 30 tahun.
  • Semua rakaman mestilah asli dan tidak diceduk/ ditiru/ diciplak dari mana-mana video tempatan mahupun dari luar negara.
  • Peserta boleh menghantar lebih dari satu penyertaan. Walau bagaimanapun, setiap peserta hanya layak menerima satu hadiah sahaja.   
  • Semua muzik yang digunakan berstatus bebas royalti. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan akibat pelanggaran hasil hak cipta.  
  • Hasil karya tiada unsur mengenai mana-mana individu/ organisasi yang menjalankan perniagaan/ aktiviti yang dilarang oleh Kerajaan termasuk minuman keras, berasaskan tembakau, rokok elektronik, perjudian atau berunsur seksual.
  • Hasil karya tiada unsur bertentangan dengan undang-undang atau dasar Kerajaan semasa, menyentuh sensitiviti entiti politik dan sesuatu agama, kaum, budaya atau adat tradisi yang boleh menjejaskan keharmonian rakyat, komuniti atau masyarakat tertentu serta menjejaskan keselamatan dan ketenteraman awam.
  • Spesifikasi Video: -  
  1. Format Fail: MP4
  2. Orientasi: Melintang (Landskap)
  3. Nisbah Aspek: 16:9
  4. Durasi Maksimum: 60 saat
  5. Resolusi: Disyorkan: 1920 × 1080 piksel (Full HD)
  6. Saiz Fail Maksimum: Tidak melebihi 500 MB (boleh diubah mengikut keperluan platform)
  7. Lain-lain: Pastikan tiada tanda air (watermark) atau logo luar jika tidak dibenarkan serta pastikan kualiti imej dan audio jelas serta stabil.
Email *
Next
Clear form
Never submit passwords through Google Forms.
This form was created inside of MyGovUC.

Does this form look suspicious? Report