i-Pledge Run 5km - Be The Miracle Campaign

Pasukan Tissue & Organ Procurement (TOP) Hospital Segamat akan menganjurkan aktiviti larian 5km iPledge Run - Be The Miracle Campaign

Tarikh: 6 April 2019
Tempat: U Sentral, Segamat
Flag Off: 7.15 pagi

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN:

Peraturan iPLEDGE RUN 2019

1. Penyertaan pertandingan ini tebuka kepada semua orang awam berumur 15 tahun dan ke atas (Peserta antara 15-18tahun hendaklah mempunyai seorang penjaga >18 tahun.).

2. Pendaftaran dan bayaran
2.1 Peserta perlu mendaftarkan diri dengan mengisi borang secara atas talian atau manual dan membayar yuran pendaftaran berjumlah RM 40 bagi setiap peserta (RM35 bagi peserta <18 tahun).
2.2 Bayaran bank in/online transfer boleh dibuat ke akaun tersebut:
Kelab Doktor Hospital Segamat
No akaun Maybank : 551052312348

*Bukti pembayaran hendaklah di muat naik pada borang secara atas talian.
2.3 Pengisian borang manual dan bayaran juga boleh di buat di Tabung Darah, Hospital Segamat, pada waktu pejabat.


3. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 23 Mac 2019 sebelum jam 4 petang.

4. Kad pengenalan atau passport perlu ditunjukkan kepada petugas ketika proses pengambilan kit larian iPLEDGE RUN 2019.

5. Pengambilan kit larian iPLEDGE RUN 2019 boleh dilakukan pada hari 2-4 April 2019 jam 9 pagi – 3 petang di laluan koridor hadapan Dewan Perdana, bertentangan Tabung Darah Hospital Segamat. Kit larian juga boleh diambil pada hari larian sebelum jam 7 pagi.

6. Penganjur berhak untuk mengehadkan, menambah atau menolak penyertaan atas sebab-sebab yang wajar.

7. Penganjur berhak mengubah tarikh, tempat atau membatalkan acara pada bila-bila masa tanpa sebarang notis kepada peserta. Walau bagaimanapun penganjur akan mengambil langkah memaklumkan kepada peserta. Sebarang maklumat terkini mengenai acara akan dimaklumkan melalui laman web https://fb.me/iPLEDGERUN. Peserta juga bertanggungjawab untuk mendapatkan sebarang maklumat terkini berkaitan dengan acara iPLEDGE RUN 2019 di laman web tersebut.

8. Peserta perlu mematuhi laluan larian yang telah ditetapkan, arahan pegawai keselamatan, pegawai pengurusan trafik, pengurusan acara dan mana-mana pegawai penguatkuasa. Peserta perlu mengambil langkah berhati-hati sepanjang masa dan mengelakkan diri daripada melakukan sebarang aktiviti yang mengancam keselamatan peserta.

9. Penganjur berhak meminda laluan larian yang dianggap tidak selamat bagi peserta atau bagi tujuan mengelak sebarang halangan atau kejadian ketika acara berlangsung pada bila-bila masa tanpa sebarang notis kepada peserta. Dalam hal demikian, peserta akan diberitahu mengenai sebarang perubahan sebelum tarikh bermulanya acara. Sebarang perubahan akan dimaklumkan di Laman Web rasmi acara. Peserta bertanggungjawab mendapatkan maklumat mengenai sebarang perubahan. Penganjur tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau ketidakselesaan yang timbul disebabkan perubahan berkenaan.

10. Sekiranya program ini dibatalkan atas sebab berlakunya kejadian yang tidak dapat dikawal oleh pihak penganjur seperti perubahan cuaca, jerebu, hujan atau kilat yang boleh menyebabkan program ini tidak selamat untuk diadakan, maka pihak penganjur tidak akan memulangkan segala yuran penyertaan. Lain-lain perkara yang telah diberikan tidak perlu dipulangkan kepada penganjur melainkan pihak penganjur merasakan tuntutan yang dilakukan berpadanan dengan kesilapan yang berpunca daripada pihaknya sendiri.

11. Pihak penganjur berhak untuk menggunakan segala bahan termasuk gambar, rakaman, atau apa-apa sahaja bahan rekod yang lain untuk tujuan komersial dan lain-lain kegunaan.

12. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kecederaan, kemalangan, kematian, kerosakan harta benda dan kehilangan harta benda sepanjang acara ini berlangsung.


Sila lengkapkan borang pendaftaran dibawah.
Pendaftaran adalah terhad kepada 500 peserta terawal.

Email address *
Adakah anda > 18 tahun? *
Next
Never submit passwords through Google Forms.
This content is neither created nor endorsed by Google. - Terms of Service