Borang Online : Pertandingan Penjimatan Tenaga Elektrik dan Air, Majlis Perbandaran Sepang 2018
Ke Arah Membangunkan Kediaman & Komuniti Berteknologi Hijau serta Rendah Karbon

Tempoh Penyertaan : 17 JULAI 2018 - 10 DISEMBER 2018

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

1. Pertandingan ini terbuka kepada penduduk di dalam kawasan pentadbiran Majlis Pebandaran Sepang sahaja.

2. Setiap pemilik kediaman, hanya boleh menghantar satu (1) penyertaan dan satu (1) kategori kediaman sama ada rumah sesebuah, rumah berkembar, rumah teres atau berbilang tingkat (contoh : Pangsapuri, kondominium, Apartmen, Flat sahaja).

3. Penyertaan ini memerlukan maklumat bil elektrik dan air bagi bulan Julai 2018 hingga November 2018. Peserta perlu mengisi maklumat selengkapnya di dalam borang yang disertakan samada secara manual atau online. Pemohon digalakkan mengemukakan permohonan secara online.

4.Dokumen berikut hendaklah dikemukakan bersama-sama Borang Penyertaan:-
a) Salinan Kad Pengenalan
b) Salinan Bil Elektrik – Bulan Julai 2018 hingga November 2018
c) Salinan Bil Air – Bulan Julai hingga November 2018

5.Pemilihan kriteria pemenang adalah berdasarkan jumlah penjimatan, pengurangan tertinggi penggunaan elektrik dan air serta disokong oleh pembuktian penggunaan perkakasan dan peralatan teknologi hijau ;

6.Setiap calon pemenang akan dihubungi oleh pihak urusetia dan pihak Urusetia berhak untuk mendapatkan bil-bil asal sebagai tanda pengesahan.

7.Pemenang dimaklumkan menerusi surat ataupun dalam satu majlis penyampaian yang akan dianjurkan (sekiranya ada).

8.Pihak penganjur berhak untuk meminda, menambah ataupun memberi kelonggaran ke atas syarat-syarat yang ditetapkan tanpa sebarang pemberitahuan terlebih dahulu.

9.Keputusan penganjur adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.

10. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 10 Disember 2018 sebelum atau pada jam 12.00 tengahari.

11. Borang penyertaan boleh disi secara manual atau online. Borang penyertaan manual dan online boleh di akses daripada laman web rasmi http://www.mpsepang.gov.my ATAU web : http://smart.mpsepang.gov.my. Bagi borang yang dikemukakan secara manual, di pohon untuk dikemukakan ke alamat berikut :

Urusetia,
Bahagian Teknologi Hijau dan Pembangunan Mampan,
Jabatan Perancangan Bandar
MAJLIS PERBANDARAN SEPANG
Persiaran Semarak Api, Cyber 1,
63200 Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan.
No. Tel : 03–8319 0373 | 03-8319 0200 ext : 843 / 500 / 373
Web : http://smart.mpsepang.gov.my
Emel : smartsepang@gmail.com

Next
Never submit passwords through Google Forms.
This content is neither created nor endorsed by Google. - Terms of Service