K-Youth ialah inisiatif kebolehpasaran belia oleh Khazanah Nasional
Berhad yang bertujuan membangunkan bakat masa depan Malaysia.
Program ini dirangka untuk melengkapkan golongan belia dengan
kemahiran yang relevan bagi meningkatkan kebolehpasaran mereka
dalam pasaran pekerjaan yang semakin berkembang dan kian berubah.
K-Youth mencerminkan komitmen kami dalam memupuk inovasi,
kreativiti dan keusahawanan, selaras dengan strategi jangka panjang
Memajukan Malaysia serta aspirasi Malaysia MADANI, sekali gus
menyumbang secara bermakna kepada pertumbuhan ekonomi negara.
RAKAN PROGRAM:
Efficient Frontier Consulting (EFC)
Peserta program akan menjalani perkara-perkara berikut:
- Latihan teknikal bersama Learning and Training Institutions (LTI);
- Latihan Kemahiran Insaniah (soft skills) bersama Efficient Frontier Consulting atau LTI; dan
- On-Job-Training (OJT) di Syarikat Penempatan yang terpilih
Peserta akan menerima gaji bulanan sehingga maksimum RM2,300 sepanjang tempoh program (amaun gaji bergantung kepada tahap pendidikan tertinggi masing-masing). Caruman wajib seperti KWSP, SOCSO, dan EIS juga akan disediakan.
*Efficient Frontier berhak untuk mengubah terma dan syarat di atas pada bila-bila masa sahaja.