Penilaian tentang kepuasan terhadap rawatan yang telah dijalankan dan pendapat terhadap rawatan lanjut yang diperlukan oleh pesakit sumbing bibir dan lelangit. (An evaluation of treatment satisfaction and perceived need for further treatment in cleft lip and palate patients)

Sumbing(klef) bibir dan/atau lelangit adalah antara ketidaknormalan kelahiran yang paling kerap berlaku di serata dunia. Ianya memerlukan rawatan dari pelbagai kepakaran. Walaupun klef boleh dirawat/diperbaiki melalui pembedahan, hasil rawatan adalah berbeza dan tidak selalunya dapat menepati hasrat pesakit. Oleh itu kami menjalankan kajian ini untuk mendapatkan maklumat dari pesakit sebagai panduan dalam rancangan rawatan untuk pesakit klef.

Cleft lip, cleft palate or both are among the most common birth deformity around the world. This deformity requires multidisciplinary management. Although cleft lip and cleft palate can be repaired by surgery, the treatment outcome is usually different and not always fulfills the patients needs. Thus, we are doing this study to collect information from the patient as a guide in planning for treatment of cleft lip and palate patients.

Kami daripada Fakulti Pergigian Universiti Malaya menjalankan satu kajian tentang sumbing bibir dan lelangit. Tujuan utama kajian ini adalah:
(We are from Faculty of Dentistry, University of Malaya, we are conducting a study on Cleft Lip and Palate. The purpose of this study are) :

1. Untuk menilai kepuasan pesakit terhadap rawatan yang diterima untuk rekahan bibir dan lelangit dan masalah-masalah lain yang berkaitan.
(To assess patient satisfaction with treatment received for the cleft lip and palate deformities and associated problems.)
2. Untuk mengenalpasti rawatan lanjut yang diperlukan oleh pesakit dalam kategori ini.
(To identify treatment needs of this group of patient)

Prosedur yang perlu dipatuhi:
(What are procedures to be followed) :

Memberi maklum balas terhadap soalan-soalan dalam borang soal selidik
(Refer to Questionare)

Siapa yang terlibat dalam penyelidikan ini:
(Who is involve in this study):

Pesakit warganegara Malaysia yang mempunyai sumbing bibir dan/atau lelangit yang berumur 13 tahun dan ke atas.
(Cleft lip, cleft palate or both Malaysian patients who are 13 years old and above)

Sekiranya anda bersetuju untuk terlibat dalam penyelidikan ini, sila tekan (teruskan)
( If you are agree to involve in this study, please press button ( proceed below):