Workshop NLP for Postgraduate

Tarikh ›› DD/MM/YY
Masa ›› 9:00am – 5:00pm
Tempat ›› MPWS Training Centre # map
Penceramah ›› Encik Shuhairy Norhisham
Medium ›› Bahasa Malaysia
Yuran Pendaftaran ›› RM 100
NLP for Postgraduate
» Saya merupakan NLP certificate Practitioner sejak 2015. Saya mengamalkan teknik-teknik dalam kehidupan dan Alhamdulilah sedikit sebanyak memudahkan urusan saya dengan orang lain. Saya selalu mudahkan maksud NLP ini sebagai Bahasa badan dan Bahasa otak Kita berfikir.

» Belajar cara Bahasa badan dan Bahasa otak yang bagaimana mereka suka dan Kita boleh mengamalkannya.

» Ilmu NLP ni agak luas, jadi untuk sehari NLP untuk Postgraduate.

» Saya akan kongsikan tool NLP yang boleh digunakan oleh pelajar pascasiswazah untuk membantu memudahkan komunikasi dan setting mindset dalam kehidupan sebagai pascasiswazah.

INI ANTARA TOOL YANG AKAN SAYA KONGSIKAN
» Memahami Power of Believe
» Aliran minda proses PhD
» V.A.K.
» Menguji kefahaman
» Timeline - apa yang menghalang Kita?
» Pre - Frame - set matlamat
» Toward and Away From
» Break the Pattern
» Anchoring
» Solving conflict - perceptual position
» Sudah lama saya berkongsi tentang Komunikasi Mesra Supervisor dan Sudah berbelas event Jom Hebat Pascasiswazah Dan Postgraduate Camp
» Ramai yang memberi feedback yang baik dan teruja.
» Serving email dan pm saya what next selepas Komunikasi Mesra Supervisor.
» Doakan Kita dapat habiskan belajar dan praktik terus. jadi inilah yang ditunggu
Speaker Profile
Shuhairy Norhisham
Encik Shuhairy Norhisham diberikan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam bidang Kejuruteraan Awam daripada Universiti Tenaga Nasional (2008) dan dianugerahkan Ijazah Sarjana dalam bidang Kejuruteraan Lebuh Raya dan Pengangkutan pada tahun 2010 daripada Universiti Putra Malaysia.

Beliau sekarang berkhidmat dengan Universiti Tenaga Nasional sebagai pensyarah sejak tahun 2010 setelah menjadi tutor selama 3 tahun. Beliau sentiasa terlibat dengan penyelidikan berkaitan pengangkutan seperti pengangkutan awam, pengurusan kemudahan tempat letak kenderaan, dan pengangkutan hijau.

Selain merupakan salah seorang penerima Universiti Tenaga Nasional Postgraduate Scholarship pada tahun 2009 untuk pengajian sarjana, beliau juga menerima anugerah sebagai Best Graduate Member IEM G&S YES (2008) dan Best Committee Member IEM G&S YES (2009) daripada Institut Jurutera Malaysia (IEM). Beliau juga pernah dianugerahkan sebagai pensyarah terbaik dalam Pembangunan Pelajar (2011).

Antara pencapaian pertandingan akademik beliau adalah pingat gangsa PECIPTA 2007 (S2MAX – Sustainable Stormwater Management Expert System) , pingat perak ITEX 2007 (MyBMPs: Malaysian Best Stormwater Management Practises) dan pingat emas INDEC 2007 (Permeable Concrete for Walkway Usage).

Selain terlibat dengan IEM Young Engineers Section (IEM YES), beliau juga terlibat dengan jawatankuasa kecil IEM Membership Drive, jawatankuasa Qualification and Admission, jawatankuasa IEM Information and Publication, jawatankuasa IEM Activities dan jawatankuasa IEM Highway and Transportation Engineering Technical Division. Beliau juga merupakan ahli jawatankuasa Transportation Science Society Malaysia.

Beliau telah dikenali di peringkat Asia Tenggara sebagai setiausaha untuk Executive Committee of the ASEAN Engineers Register 2010/2012 dan ahli jawatankuasa bagi Young Engineers ASEAN Federation of Engineering Organization (YEAFEO) 2010/2012. Pada masa ini, beliau telah berdaftar sebagai Associated ASEAN Engineers (AAE) dan menjadi antara jurutera perintis muda menerima AAE di peringkat Asia Tenggara.

Encik Shuhairy terlibat sebagai sukarelawan di Institut Jurutera Malaysia. Beliau pernah menjadi pengerusi untuk Graduate and Students – Young Engineers Section, Institut Jurutera Malaysia (2010/2012).

Pernah menganjurkan hampir 48 seminar dan bengkel semasa bersama Young Engineers Section, Institut Jurutera Malaysia. Kini aktif membantu Malaysian Postgraduate Workshop Series dalam menasihati penganjuran bengkel dan seminar. Dianggarkan penganjuran Malaysian Postgraduate Workshop Series sudah mencecah sehingga 200 seminar dan bengkel serta telah membantu lebih 6000 pelajar pascasiswazah Malaysia.

Aktif bersukan seperti ragbi dan olahraga pada zaman persekolahan dan sukakan aktiviti pertandingan menjadikan beliau seorang yang bersungguh-sungguh dalam sesuatu pertandingan. Pernah membimbing pasukan olahraga dan kontijen sukan di UNITEN yang pencapaiannya tercorot sebelumnya menjadi juara 5 tahun berturut-turut (2008-2012). Juga membawa pasukan UNITEN memenangi pertandingan teknikal seperti Bridge Model Competition, Malaysian Structural Steel Association Competition, Concrete Canoe Competition dan Build & Break Competition.

Berpengalaman bersama pengurusan jabatan menjalankan temuduga untuk pensyarah baru untuk Jabatan Kejuruteraan Awam , UNITEN semasa dipertanggungjawabkan memegang portfolio Ketua Unit, Kebajikan Staf dan Pelajar.

Beliau kini sedang menjalankan pengajian di peringkat PhD di IPTA tempatan.

Contact Us
Email: admin@postgraduateworkshop.com
WhatsApp: 012-727 3420
Telefon : 03- 8912 7212
Next
Never submit passwords through Google Forms.
This content is neither created nor endorsed by Google. - Terms of Service