PENDAFTARAN PROGRAM PERKESO EIS DAN PENJANA KERJAYA
Pihak Institute of Business Excellence (IBE UiTM) telah merangka satu program untuk membantu rakyat Malaysia khususnya golongan yang tidak bernasib baik seperti yang diberhentikan kerja, majikan yang terpaksa gulung tikar dan majikan yang memerlukan pekerja untuk Re-Skilling & Up-Skilling bagi memastikan kemahiran tersebut kekal relevan dalam pasaran kerja semasa.

Penawaran Program ini adalah berdasarkan Skim Insurans Pekerja (EIS) oleh Social Security Organization (SOCSO) dan Program Penjana Kerjaya oleh PERKESO. Peserta yang terpilih perlu hadir ke sesi latihan selama 5 hari secara PERCUMA dan elaun latihan selama 5 hari juga akan diberikan kepada peserta oleh pihak PERKESO.

Peserta yang terpilih mestilah mempunyai rekod caruman dengan Skim Insurans Pekerja (EIS) sekurang-kurangnya sekali caruman dalam perkhidmatan.

Kami juga boleh dihubungi melalui talian: 016 220 6114 atau emel: jaaf@uitm.edu.my dan pihak IBE UiTM akan berhubung dengan peserta yang berminat untuk tindakan lanjut.
Akhir sekali, besarlah harapan kami di IBE UiTM agar usaha ini akan dapat membantu rakyat Malaysia khususnya pihak yang memerlukan dalam menghadapi suasana yang begitu mencabar ketika ini.


Sign in to Google to save your progress. Learn more
NAMA: *
NOMBOR TELEFON: *
EMEL: *
SILA PILIH KURSUS YANG DIMINATI (SATU ATAU LEBIH): *
Required
Lain-lain kursus yang diperlukan (Sila nyatakan di ruangan bawah):
TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA DAN KAMI AKAN MENGHUBUNGI ANDA SECEPAT MUNGKIN.
Submit
Clear form
Never submit passwords through Google Forms.
This form was created inside of Universiti Teknologi MARA. Report Abuse