Borang ini bertujuan mendapatkan pandangan komuniti dan aktivis LGBTQ+ terhadap keputusan kehakiman pada 25/2/2021.
Berita lanjut:
https://www.malaysiakini.com/news/564261Konteks:
Mahkamah Persekutuan telah membuat penghakiman terhadap cabaran yang telah difailkan oleh seorang lelaki yang didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah Selangor. Dalam permohonannya, lelaki itu mencabar keperlembagaan Seksyen 28 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 berkenaan "persetubuhan bertentangan dengan hukum tabii".
Cabarannya sama ada undang-undang itu kompeten secara perundangan apabila peruntukan itu digubal, dengan mengambil kira Seksyen 377A Kanun Keseksaan telah pun ada semasa penggubalan, dan Seksyen 377A dibuat berdasarkan Perkara 4(h) Senarai Persekutuan dalam Perlembagaan Persekutuan. Kes ini bagi menentukan kuasa negeri dalam menggubal undang-undang jenayah Islam kerana syarat penting ialah negeri tidak boleh membuat undang-undang yang ada dalam Senarai Persekutuan.