IPT BEBAS DENGGI
Syarat-Syarat Umum Pencalonan Anugerah IPTA/S Bebas Denggi 2019
1. Semua IPTA/S yang akan dinilai perlu memenuhi syarat-syarat seperti berikut:

a. Hanya SATU penyertaan untuk setiap universiti;
b. Pihak universiti akan menentukan KAMPUS INDUK atau KAMPUS CAWANGAN yang dinilai; dan
c. Penilaian berdasarkan lokasi berikut :
• Bangunan pentadbiran
• Fakulti
• Kolej kediaman
• Persekitaran dalam ruang lingkup Universiti

2. IPTA/S perlu menyediakan
a) DOKUMEN : Dokumen program IPT Bebas Denggi yang dihantar perlu mengandungi perkara berikut;

KATEGORI PENILAIAN


1) PENGURUSAN DENGGI

 Organisasi / Jawatankuasa menyelaras program / aktiviti
 Komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh pihak pengurusan
 Pelan Tindakan / Pelaksanaan program
 Pemeriksaan tempat pembiakan Aedes
 Kekerapan merekod Index Entomologi (AI/ BI/ CI)
 Notis pembersihan
 Bil. Agensi Luar / NGO

2) KEBERSIHAN PERSEKITARAN

 Pengurusan sampah
 3R- Reduce/ Reuse/ Recycle)
 Pengurusan tanah lapang / tanah terbiar / padang
 Aktiviti kawalan (Larvaciding & Gotong-royong)


3) PROGRAM KESEDARAN

 Kekerapan aktiviti pendidikan
 Bengkel / kursus / seminar
 Penggunaan media
 Penglibatan mahasiswa & kakitangan

4) Kategori Khas
INOVASI & KREATIVITI TERBAIK


 Inovasi & kreativiti selari dengan masalah, sikap & amalan berkaitan Denggi
 Hasil Inovasi
(asli / adapasi)
 Kelestarian inovasi
 Kos efektif
 Kesan negatif kepada persekitaran & manusia


3. Inovasi yang dipertandingkan boleh digunakan bagi tujuan promosi, pameran, iklan, pembentangan oleh pihak KKM, KPM dan KPKT.

4. Keputusan juri adalah muktamad. Segala rayuan atau bantahan atau tindakan bagi menggagalkan penganugerahan ini tidak akan dilayan.

Dokumen Yang Perlu Dihantar
Satu PERSEMBAHAN VIDEO dalam bentuk MP4 (tidak lebih 1 minit) dan

Satu POWER POINT untuk tujuan penilaian Anugerah peringkat Kebangsaan mengikut format yang disediakan;

Sekiranya format dokumen melebihi 1GB, sila hantar dokumen tersebut ke alamat emel : iptbebasdenggi@gmail.com

Nama Universiti
Email
Nombor Telefon
DOKUMEN
Submit
Never submit passwords through Google Forms.
This content is neither created nor endorsed by Google. - Terms of Service