Pemantau Pilihan Raya (
PEMANTAU) adalah satu inisiatif Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) untuk melibatkan rakyat dan pengundi memantau penjalanan pilihan raya supaya pilihan raya dilaksanakan dengan bersih dan adil. Pemantau Pilihan Raya telah berjalan sejak
PRU13 dan akan diteruskan pada PRN Sabah yang akan datang.
Syarat Pemantau:
1. Berumur 18 tahun ke atas
2. Warganegara Malaysia
3. Mengamalkan sikap berkecuali
4. Mematuhi arahan daripada koordinator Pemantau Bersih
5. Pemantau Pilihan Raya
TIDAK BOLEH menjadi PACA atau berkempen untuk mana-mana calon atau parti politik semasa pilihan raya.
Makluman awal:
1. Tiada ganjaran kewangan akan diberikan.
2. Latihan dan taklimat disediakan kepada pemantau
3. Setiap pemantau perlu menyediakan laporan pemantauan sepanjang tempoh pilihan raya kepada koordinator pemantau
4. Setiap Pemantau juga akan didaftarkan sebagai Pemerhati Pilihan Raya SPR di kawasan pengundian masing-masing (contohnya jika anda pengundi di P009 Alor Setar, maka anda hanya boleh menjadi Pemerhati di P009 sahaja)
Sebarang persoalan boleh emelkan ke advocacy@bersih.org atau hubungi 0127747766 (Anas).