Google Business Group Cyberjaya Meet Up 30th April 2013

Google Business Group Cyberjaya akan menganjurkan satu perjumpaan yang akan mengupas topik ‘Cara Menjalankan Perniagaan Dalam Talian yang Berjaya.’ Sila isikan borang yang disediakan di bawah untuk menempah tempat anda. Butiran acara berkenaan adalah seperti berikut :

Tarikh : 30 April 2013
Masa : 2 – 5 petang
Tempat : 1337, Ventures Sdn., Bhd.,
MSC Malaysia Knowledge Workers Development Centre,
Tingkat Bawah, Blok 3730,
Persiaran APEC, Cyber 8,
63000 Cyberjaya.

Kita berasa bertuah dan berbangga dengan Bikesh sebagai penceramah kita. Bikesh ialah rakan pengasas iTrain iaitu pusat latihan teknologi No. 1 di Asia Tenggara dan telah terlibat dalm industri Teknologi Maklumat sejak 15 tahun yang lalu. Seorang yang bermotivasi dan bercita-cita tinggi, Bikesh memiliki pengalaman luas di dalam dunia pembangunan perisian TM.

Pada masa ini, Bikesh aktif terlibat dalam latihan dan pementoran pembangunan perisian aplikasi mudah alih pada platform iOS, Android dan HTML5. Hasil kerjanya pada platform sedemikian telah menarik perhatian Apple yang telah menjadikan iTrain untuk program jangkauan pendidikan iOS di Asia tenggara dan Google telah mencalonkan iTrain sebagai salah satu Akademi Web Google yang pertama di dunia.

Bikesh juga baru-baru ini menubuhkan 1337 Ventures yang mengendalikan 1337 Hub iaitu ruang kerja bersama bagi pembangun perisian dan 1337 Accelerator, pemacu pertama di Malaysia untuk Pembangunan Aplikasi dengan dana pendahuluan permulaan sebanyak RM5 juta.

    This is a required question
    This is a required question
    This is a required question
    This is a required question
    This is a required question
    This is a required question
    This is a required question
    This is a required question