Podcast USIM telah dilancarkan oleh Naib Canselor USIM pada 12 Oktober 2022.
Inisiatif yang digagaskan oleh NC ini bertujuan untuk meneroka peluang dan ruang bagi meningkatkan keterlihatan USIM dalam pelbagai aspek seperti penyelidikan, penerbitan jurnal, libatsama komuniti, integrasi naqli aqli, promosi kemasukan pelajar dan alumni yang berjaya.
Bagi tujuan ini, JK Bertindak Podcast USIM berbesar hati untuk mempelawa kepada warga USIM untuk memberi sumbangan idea menyampaikan podcast di platform yang ada ini.
Mohon jasa baik kepada bakal podcaster untuk mengisi maklumat yang diperlukan bagi tujuan penyelarasan di peringkat JK Teknikal Podcast USIM.