Selamat sejahtera,
Medivest Sdn Bhd dengan kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) bercadang
untuk membuka kiosk buah-buahan segar di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF). Inisiatif ini
bertujuan untuk mempromosikan pemakanan sihat, menyokong pertanian tempatan, dan
meningkatkan pengalaman pesakit serta pelawat di hospital. Kami ingin mendapatkan pandangan dan
maklum balas anda mengenai cadangan ini untuk memastikan ia memenuhi keperluan dan kehendak
semua pihak yang terlibat.
Kami amat menghargai masa dan pandangan anda dalam menjawab soal selidik ini. Segala maklumat
yang dikumpulkan akan digunakan secara sulit dan hanya untuk tujuan kajian ini sahaja.
Terima kasih atas kerjasama anda.