Program Kesedaran Anti-Doping Bersama Y.Bhg. Tan Sri Dato' Dr. M. Jegathesan & Sesi Motivasi
Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang akan menganjurkan Program Kesedaran Anti-Doping dengan penceramah jemputan khas, Yang Berbahagia Tan Sri Dato' Dr. M. Jegathesan yang lebih dikenali dengan gelaran "the Flying Doctor". Beliau merupakan bekas atlet olahraga kebangsaan yang telah mengharumkan nama negara di peringkat sukan Komonwel, Asean dan Olimpik.

Y.Bhg. Tan Sri Dato' Dr. M. Jegathesan adalah pengerusi jawatankuasa perubatan dan anti-doping di Majlis Olimpik Asia. Dengan pengalaman Y.Bhg. Tan Sri dalam bidang sukan dan anti-doping, Majlis percaya program ini pastinya akan meningkatkan lagi ilmu serta kesedaran para peserta dalam isu anti-doping.

Selain itu, satu Program Motivasi juga akan dijalankan untuk menyediakan para jurulatih serta persatuan untuk terus fokus dan meningkatkan semangat menuju ke SUKMA XX, Johor 2020.

Perhatian : Semua Jurulatih Penuh Masa dan Sambilan MSNPP diwajibkan hadir untuk program ini.
PROGRAM
Next
Never submit passwords through Google Forms.
This content is neither created nor endorsed by Google. Report Abuse - Terms of Service - Privacy Policy